KREADIBILITI Ellie Suriaty Omar sebagai aktres tidak perlu dipertikaikan sama ada di TV, layar perak mahupun pentas teater.
Kualiti lakonannya tidak pernah mengecewakan. Berilah apa sahaja watak, pasti digalas sebaik mungkin.
Pun begitu, kelibat pelakon berusia 46 tahun ini dilihat jarang mewarnai arus perdana lantaran lebih selesa mencurahkan bakti di belakang tabir.
"Ya, saya masih aktif lagi berlakon cuma agak sibuk dengan kerja-kerja pengarahan.
"Saya juga ada muncul dalam beberapa drama, mungkin orang tidak perasan.
"Sebelum itu, saya agak sibuk dengan dalam bengkel menerusi program Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016)," katanya kepada Zass.
Terkenal dalam penghasilan naskhah yang bersifat ‘berat’, Ellie turut meluahkan hasrat untuk menghasilkan drama atau telefilem bergenre ringan.
Namun, keinginan bintang filem Spinning Gasing itu tidak pernah kesampaian.
"Saya pernah berkata kepada diri sendiri, kalau ada tawaran untuk mengarah sesuatu karya, saya mahu mencuba menghasilkan naskhah yang ringan.
"Tetapi, apa yang berlaku sebaliknya pula. Karya yang saya buat masih berat.
"Namun, tidak apa, saya ambil itu sebagai pengalaman dan akan mencuba lagi menghasilkan karya lebih baik pada masa akan datang," katanya.
Isteri kepada aktor Azri Iskandar ini juga mengakui tidak suka membuat dua kerja, berlakon dan mengarah sekali gus.
"Saya hanya jadi pengarah atau pelakon dalam satu masa.
"Situasi itu lebih mudah untuk saya tumpu perhatian terhadap kerja yang dilakukan dan tidak bercampur aduk," katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem Embun ini akui agak selektif.
Bagaimanapun, Ellie tetap berpendapat setiap watak mempunyai keistimewaannya tersendiri.
"Saya bukanlah memilih watak, tetapi biasanya saya akan meneliti dan membaca skrip terlebih dahulu.
"Sekiranya saya rasa skrip tersebut menarik dan bagus, maka saya akan menerima watak tersebut.
"Tetapi, sebenarnya, semua watak ada kekuatan masing-masing," katanya.
Jelasnya, tiada istilah peranan stereotaip kerana paling penting bagaimana seseorang pelakon ‘menghidupkan’ sesuatu watak yang diberikan.
"Jadi, sebagai pelakon, cubalah lari daripada sifat stereo taktikal dan itulah cabaran utamanya.
"Semua watak adalah bagus bergantung kepada cara pembawaannya selain mengikut kehendak pengarah dan penulis skrip serta penerbit.
"Karakter itu juga perlu nampak hidup supaya tidak sama di antara satu sama lain," katanya.
Jadi tenaga pengajar AF2016
‘Berehat’ seketika daripada berlakon dan mengarah, Ellie kini memberi sepenuh perhatian memenuhi tugasnya sebagai tenaga pengajar menerusi program realiti, Akademi Fantasia 2016 (AF2016).
Sebagai guru seni persembahan, pelakon filem Anna & The King ini akan menjadi diri sendiri dalam memberi didikan kepada semua pelajar.
"Saya rasa sudah tiba masanya untuk berkongsi ilmu dan mengajar sesuatu apatah lagi dengan pengalaman selama 20 tahun dalam industri.
"Lagipun, seni persembahan adalah ‘forte’ saya," katanya.
Pada masa sama, Ellie yakin dengan setiap kebolehan yang ada pada pelajar AF2016.
"Saya boleh menjadi terlalu baik atau terlalu garang, tetapi apa yang saya lihat, semua pelajar ada bakat dan identiti tersendiri.
"Menariknya, saya melihat perkembangan mereka sedari awal iaitu pada sesi uji bakat dan akan diteruskan sehingga ke peringkat seterusnya.
"Malah, banyak proses yang mereka dan kami sendiri sebagai tenaga pengajar lalui. Kalau tidak banyak proses, apalah guna sesuatu pelajaran itu kan?," katanya.
Sementara itu, pengarah filem Penanggal ini juga bakal kembali sibuk dengan kerjaya seninya di samping mengendalikan syarikat produksinya, Timang Tinggi Pictures.
"Saya bakal mengarah telefilem Transit Terakhir untuk TV3 selepas ini.
"Selain itu, saya juga akan sibuk dengan kertas kerja untuk membawa karya syarikat ke stesen TV.
"Saya mahu menghasilkan filem rencana yang berlatarkan 1940-an. Namun, sudah pastinya filem sebegitu memerlukan kajian secukupnya," katanya yang mempunyai satu lagi filem seram dalam koleksinya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: