Friday, August 26, 2016

Miranda Lambert Terima Lamaran Peminat Berusia 6 Tahun



Miranda menerima lamaran daripada seorang peminat cilik yang berusia enam tahun.
PENYANYI Miranda Lambert menerima lamaran daripada kanak-kanak berusia enam tahun ketika sesi bertemu peminat sejurus selesai mengadakan konsert di New Jersey baru-baru ini.

US melaporkan budak lelaki itu yang dikenali sebagai Sebastian ketika bertemu Miranda melutut dengan membawa sebentuk cincin sebelum meminta penyanyi itu berkahwin dengannya.

"Saya sudah bertunang," jerit Miranda selepas dilamar oleh Sebastian.

Saat Miranda menerima lamaran daripada Sebastian.
Miranda turut berkata, ia adalah lamaran paling romantik dan menganggap kanak-kanak itu seorang yang budiman.

"Ia cara paling romantik pernah dilakukan oleh mana-mana lelaki terhadap saya dan sebagai wanita saya berhak mendapat apa yang dilakukan oleh Sebastian.

"Saya akan berkahwin dengannya apabila usianya mencapai 25 tahun," katanya lagi.

Miranda turut memuat naik gambar ketika Sebastian melamarnya di Instagram.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: