PERNIAGAAN berkonsepkan trak makanan atau 'food truck' sudah lama wujud di luar negara, namun ia baru sahaja bermula di negara ini dan menjadi trend.
Dengan hanya sebuah trak yang dilengkapi pelbagai peralatan di dalamnya, selain dihiasi pelekat jenama sendiri, konsep perniagaan itu semakin mendapat tempat di hati orang ramai, terutamanya golongan muda.
Bukan itu sahaja, ramai pengusaha makanan tidak kira sama ada peniaga baharu, mahupun yang sudah memiliki restoran atau gerai sendiri, berlumba-lumba untuk meneroka perniagaan itu kerana ciri-cirinya yang menarik dan bersifat mudah alih.
Ini kerana peniaga tidak lagi pening kepala memikirkan kos membayar sewa bulanan premis dan kos-kos operasi lain, malah penggunaan trak ini mudah dipromosikan ke pelbagai tempat tumpuan ramai.
Tambahan pula, galakan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang menawarkan khidmat nasihat dan pembiayaan dalam memberi pembiayaan untuk perniagaan 'food truck' membuatkan ramai yang berminat menceburi konsep perniagaan itu.
Bagaimanapun, disebabkan konsep perniagaan itu masih baharu di Malaysia, beberapa masalah timbul dari segi lesen operasi perniagaan dan tempat ruang 'food truck' yang terhad, meletakkan peniaga dalam situasi dilema untuk berniaga.
Ramai peniaga meluahkan rasa terkilan kerana permohonan mendapatkan lesen berdepan dengan kesukaran dan mengambil tempoh yang lama.
Difahamkan, lesen khas untuk 'food truck' masih belum ada dan dalam proses untuk dilaksanakan tidak lama lagi, selepas garis panduan berhubung perniagaan itu diperkenalkan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: