KELAPA sawit merupakan antara bahan penting untuk menghasilkan minyak makan dan bahan bakar diesel (biodiesel).
Bukan itu sahaja, minyak yang terhasil daripada biji kelapa sawit yang mempunyai kandungan vitamin dan antioksidan yang tinggi itu dapat melindungi kulit, sekaligus membantu memperbaiki kerosakan kulit.
Melihat kebaikan yang ada pada minyak biji kelapa sawit, membuatkan Pengasas Hunalights Enterprise, Izzat Roslan tampil dengan idea untuk mengeluarkan inovasi pertama, yang menggabungkan minyak biji kelapa sawit dan minyak kelapa untuk kesihatan kulit, dalam menghasilkan sabun dikenali sebagai Huna Glowing Bar.
Sabun itu juga dicampur dengan ekstrak hijau bermutu untuk menjadikan ia berkualiti tinggi.
“Ramai orang nak kelihatan cantik, tetapi tidak ramai yang terfikir untuk mendapatkan kulit yang sihat. Ia membuatkan saya terfikir untuk mengeluarkan produk yang boleh mencantikkan dan menyihatkan kulit,” katanya.
Idea untuk menghasilkan sabun itu tercetus pada Mei tahun lalu, apabila Izzat menjadi stokis kepada satu jenama produk kecantikan.
“Namun, dalam rangkaian produk kecantikan yang dijual itu tidak ada sabun. Jadi saya terfikir untuk membuat sabun kerana semua orang mencuci muka, tidak kiralah sama ada lelaki, mahupun wanita, tanpa mengira usia.
“Bermula dari situ, saya pun mula membuat kajian dan mencari maklumat di internet tentang bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan sabun ini dan mengkaji apa lagi yang tidak ada di pasaran tempatan ketika itu,” katanya.
Beliau berkata, sebanyak RM15,000 dibelanjakan untuk menjalankan pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi menghasilkan sabun Huna Glowing Bar.
“Pertama kali ketika menjalankan R&D sabun, saya cuba pada kulit muka sendiri, ia jadi kering. Kali kedua, dari segi tekstur sudah baik, tetapi warnanya pula tidak menarik.
“Akhirnya, saya tambah rumpai laut yang baik untuk mengurangkan masalah selulit, sebelum mencubanya sendiri dan melihat hasilnya yang menepati kehendak ramai.
"Saya juga memberikan sabun kepada keluarga, rakan dan pelanggan untuk mencuba produk ini, sebelum mula dipasarkan pada November tahun lalu,” katanya.
Boleh gunakan satu badan
Menariknya, sabun Huna Glowing Bar itu bukan sahaja boleh digunakan untuk mencuci muka, tetapi juga dijadikan sebagai sabun mandi.
Ia juga selamat digunakan untuk semua jenis kulit dan selamat digunakan kerana menggunakan bahan-bahan semula jadi yang berkualiti tinggi.
Izzat berkata, sabun itu yang mengandungi minyak T3 dan zaitun yang dapat membantu melembapkan serta menganjalkan kulit.
“Selain itu, ia juga membantu memudarkan parut jerawat dan jeragat, mengurangkan penyakit kulit seperti ekzema, anti penuaan, memudarkan selulit dan mengurangkan jerawat serta kulit muka berminyak,” katanya.
Beliau berkata, sabun yang mempunyai berat sebanyak 60 gram yang dijual pada harga RM35 itu juga mampu bertahan lebih sebulan, bergantung kepada penggunaan pelanggan.
“Saya selalu syorkan kepada pelanggan supaya sabun ini dibelah empat sebagai langkah berjimat, dan hasilnya tetap boleh dilihat.
“Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, pelanggan boleh menggunakan sabun ini tiga kali sehari,” katanya.
Huna Glowing Bar turut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Brunei, serta dibuat di kilang berstatus Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Dijual di luar Malaysia
Menurut Izzat, sejak mula dipasarkan, sabun Huna Glowing Bar sudah terjual lebih 50,000 unit, bukan sahaja di pasaran Malaysia, bahkan juga di Brunei dan Singapura.
“Selain Malaysia, kami juga mempunyai ejen berdaftar yang menjual sabun ini di dua negara tersebut.
“Di negara ini, kami mempunyai seramai 136 ejen jualan dan jumlah ini dijangka akan bertambah pada masa akan datang.
“Kami tidak bercadang untuk menjualnya di toko-toko jamu atau kepada pemborong demi menjaga kualiti produk dan ejen di bawah seliaan Hunalights Enterprise untuk menjana pendapatan,” katanya.
Pada masa akan datang, katanya, Hunalights Enterprise merancang memasuki pasaran Arab Saudi dan menembusi lebih banyak pasaran di Asia Tenggara.
Pada masa kini, sabun Huna Glowing Bar banyak dijual secara dalam talian (online), menerusi platform media sosial.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: