SELEPAS pelbagai teka-teki mengenai siapakah gerangan Pengetua Akademi Fantasia 2016 (AF2016), akhirnya jawapan tersebut terlerai pada konsert pertama yang berlangsung di Auditorium MBSA sebentar tadi.
Datuk Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh atau lebih dikenali sebagai Datuk Shake penyanyi Malaysia yang mencipta nama di Perancis di pilih untuk menerajui AF2016.
Sebelum ini, penyanyi dangdut, Mas Idayu, dan pelakon yang juga pengarah, Ellie Suriaty, diberikan mandat sebagai tenaga pengajar musim 2016.
Mereka menggalas tugas Guru Persembahan Vokal dan Guru Seni Persembahan.
Selain itu, AF 2016 turut mengumpulkan bekas tenaga pengajar AF lain iaitu Linda Jasmine yang dilantik menjadi Guru Tarian & Koreografi, manakala Shahrolbahri sebagai Guru Vokal. Bekas Pengetua AF 2015, Edry Abdul Halim, pula akan kembali selaku Pengarah Seni Muzik.
Turut diumumkan adalah pengkritik tetap yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk AC Mizal.
Bukan itu sahaja, untuk 9 minggu yang akan datang, Zizan akan berpasangan bersama Alif Sattar sebagai pengacara AF2016.