PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran program realiti Mentor Legend iaitu Azmil Karim menyangkal dakwaan sudah tidak berminat untuk meneruskan karier nyanyiannya apabila mengambil keputusan membuka sebuah restoran di Johor Baru.
Azmil, 24, sebaliknya berkata, pembukaan restoran berkenaan adalah bersama rakan kongsinya dan dia memilih berbuat demikian kerana meminati bidang kulinari.
"Saya masih akan meneruskan karier nyanyian seperti biasa cuma saya ingin lakukan sesuatu untuk jaminan masa depan dengan melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
"Alhamdulillah hasrat itu bakal terlaksana apabila restoran itu akan dibuka secara rasmi pada September nanti," katanya.
Tambah Azmil dia memilih membuka restoran berkenaan di Johor kerana sebelum ini dia pernah menetap di negeri itu selama lima tahun selain mempunyai ramai kenalan di sana.
"Bukan tidak mahu buka di Kuala Lumpur tetapi saya pilih Johor kerana negeri itu dekat dihati saya memandangkan pernah menetap di sana selama lima tahun.
"Tambahan pula saya sudah ramai kenalan disana selain tahu selok-belok mengenai lokasi dan kesukaan masyarakat di Johor," katanya.
Jelasnya lagi, restorannya itu nanti akan menyediakan pelbagai jenis masakan Melayu dan barat.
Bercakap mengenai perkembangan kerjaya nyanyiannya, Azmil berkata, dia sedar namanya masih belum menyerlah seperti mana kebanyakan bakat-bakat baharu lain.
Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak membuatkannya berasa ingin putus asa kerana sedar dia perlu bangkit dan mengubah nasibnya sendiri.
"Kontrak saya bersama syarikat rakaman Monkey Bone akan berakhir pada 31 Ogos ini dan Insya-Allah selepas itu saya akan memulakan langkah baharu dalam karier seni saya," ujarnya.
Sementara itu, Azmil mengakui, dia lebih banyak mendapat undangan nyanyian di negeri kelahirannya iaitu Sabah berbanding semenanjung.
Namun katanya, dia tidak berhasrat untuk kembali menetap di Sabah kerana sedar peluang untuk mengembangkan kariernya lebih besar di Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah undangan banyak di Sabah dan adakalanya saya akan pulang ke sana sebanyak tiga ke empat kali dalam masa sebulan.
"Ada mencadangkan saya berpindah semula ke Sabah tetapi saya mahu menetap di Kuala Lumpur kerana peluang untuk saya rakamkan album dan mengembangkan karier ke tahap lebih besar adalah di sini," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: