SUBANG - Pelakon dan pelawak, Along Cham sah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Zila Seeron, sebentar tadi.
Talak itu dilafazkan tepat jam 10.40 pagi selepas Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Abd Halim Abu Samah membenarkan permohonan yang difailkan oleh Along.
Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, bernikah dengan penyanyi itu pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ahmad Danial, 5.
Along selaku plaintif memfailkan permohonan cerai itu terhadap zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 27, pada pagi ini mengikut Seksyen 47 Enekman Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Selain cerai, Along turut memfailkan nusyuz terhadap zila pada 12 Mei lalu.
Along itu diwakili peguam, Roshdan Sujak Rafie manakala Zila diwakili Nurul Aini Yusuff.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: