Tuesday, August 23, 2016

Metallica Lancar Album Baharu Selepas 8 Tahun




Metallica bakal melancarkan album terbaharu pada 18 November depan.
KUMPULAN rock terkenal Metallica mengumumkan bakal melancarkan album terbaharu mereka yang berjudul Hardwired ... To Self-Destruct pada 18 November depan.
Rolling Stone melaporkan pengumuman itu menyaksikan ia menjadi album pertama band terkenal dunia itu selepas lapan tahun tidak tampil dengan sebarang karya terbaharu.

Sebagai promosi kepada album berkenaan, Metallica turut melancarkan single pertamanya iaitu Hardwired menerusi sebuah stesen radio di Minneapolis baru-baru ini.

Album studio kesebelas kumpulan itu berdurasi 80 minit dan pemain drumnya, Lars Ulrich menyifatkan Hardwired ... To Self-Destruct bakal memperlihatkan perjalanan masa depan Metallica.

Metallica yang terkenal dengan lagu Unforgiven itu turut memberitahu album berkenaan akan dilancarkan secara serentak dalam beberapa versi termasuk cakera padat (CD), piring hitam dan digital.

Album terakhir kumpulan itu adalah Death Magnetic yang dilancarkan pada 2008.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: