SELEPAS dikenali sebagai pelakon dan penyanyi, Janna Nick, 21, berhasrat mencabar dirinya sebagai pengacara sekali gus mahu menggapai gelaran sebagai artis versatil.
Jelas Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, bidang pengacaraan merupakan bidang baharu yang mahu diterokai sekali gus menguji kemampuan dirinya.
“Menjadi pengacara juga menyeronokkan. Saya bukan seorang yang tamak apatah lagi dilabel mengejar populariti, tetapi sekadar melakukan perkara yang dekat dengan jiwa.
“Dalam industri ini, saya cuba menjadi pelakon yang tidak terikat dalam satu skop sahaja. Saya tidak merasakan impian untuk bergelar artis serba boleh adalah sesuatu yang membebankan.
“Sebagai seorang selebriti, saya ingin pelbagaikan kemampuan diri untuk bergelar penghibur. Jadi, saya tidak menolak tawaran kerana pada waktu ini apa yang penting bagi saya merebut peluang yang hadir,” katanya.
Malah katanya, di usia muda ini juga dia melihat tidak salah untuk terus mencuba menjadi yang terbaik dan berusaha untuk menghibur orang lain dengan bakat yang ada pada diri.
“Sebagai contoh, saya menyanyi, tetapi tidak pernah mensasarkan diri untuk menjual suara, namun penting untuk semua orang tahu impian terbesar saya adalah bergelar seorang penghibur.
“Saya tidak mahu orang ingat saya mahu bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang sedia ada kerana apa yang saya lakukan adalah untuk menghiburkan orang,” katanya.
Dia juga mengakui mungkin tidak memiliki vokal yang memukau, tetapi cukuplah dia mampu menjadi seorang penghibur untuk peminat-peminatnya.
Utamakan kerjaya sebagai pelakon
Hampir lima tahun mencuba nasib dalam bidang lakonan, Janna Nick tidak sesekali mahu melupakan kerjaya yang mempopularkan dirinya ini.
“Apa yang berbeza hanyalah pembahagian masa yang lebih padat walaupun kerjaya pelakon dan penyanyi itu sama sahaja iaitu menghiburkan orang.
“Apa yang dilakukan ialah saya akan pastikan jadual sentiasa tersedia dengan baik untuk mengelakkan pertindihan, malah sehingga hari ini juga saya masih menerima tawaran berlakon, dan tidak akan menolak,” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama baru, Biar Aku Jadi Penunggu bersama Ashraf Muslim.
Janna yang mula popular menerusi drama Syurga Cinta ini berkata, dia mahu mengukuhkan lagi namanya di dalam industri hiburan tempatan sekaligus menyangkal mana-mana dakwaan kononnya dia berbuat demikian kerana mahu menandingi artis lain.
“Saya tidak pernah berniat untuk bertanding dengan sesiapa pun kerana tujuan saya menceburkan diri dalam bidang ini bukan untuk bersaing. Saya percaya setiap orang ada rezeki masing-masing.
“Saya buat perkara yang berbeza kerana tidak mahu dicop sebagai artis yang 'stereotype', takut nanti orang cepat bosan. Apa-apa pun, berlakon tetap menjadi keutamaan saya,” katanya.
Tambahnya lagi, tidak salah bagi dirinya mencuba sisi seni yang baru selagi ia tidak mengganggu jadual kerja yang lain.
Rezeki jadi duta FCC
Sementara itu, Janna Nick turut meluahkan rasa syukur dan gembira kerana dilantik menjadi duta Farmasi Colour Cosmetic (FCC) selama setahun dan mempromosi Selfie Kit bagi pengguna setia produk terkenal itu.
“Saya turut menjadi duta beberapa jenama lain, tapi bukan produk kecantikan. Jadi FCC merupakan produk kecantikan pertama yang menampilkan saya sebagai duta dan ia memang serasi dengan saya.
“Saya menerima tawaran menjadi duta FCC kerana saya yakin dengan produknya yang mengangkat kepentingan status halal sekali gus memudahkan kehidupan harian saya sebagai artis.
“Tahu sahajalah, sebagai pelakon adakala tuntutan kerja menyebabkan wajah perlu ada mekap dalam tempoh masa lama, jadi ia memudahkan sesiapa sahaja untuk menunaikan solat tanpa perlu menanggalkan semuanya sebelum mengambil air sembahyang,” katanya.
Menurutnya, keyakinan yang diberikan oleh pihak FCC turut menambah keyakinannya untuk terus melangkah dan menjadi artis serba boleh dan jauh dari kontroversi yang mampu merosakkan imej dan kerjayanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: