PEWARIS ketiga takhta diraja Britain, Putera Harry mengajak manusia terpantas di dunia, Usain Bolt lumba lari sekali lagi selepas pelari Jamaica itu menang pingat emas tiga acara balapan pada Sukan Olimpik Rio 2016.
Melalui akaun Twitternya, Putera Harry sempat juga menyampaikan ucapan hari lahir kepada Usain yang menyambut hari kelahiran ke-30, Ahad lalu.
“Tahniah Usain Bolt. Sekarang anda secara rasmi yang terbaik. Anda mungkin perlu sedia untuk lari lagi. Selamat menyambut hari lahir ke-30,” tulisnya.
Usain lantas membalas dan menerima tawaran Putera Harry.
Pada 2012 di Jamaica, Putera Harry pernah mengalahkan Usain di trek dalam perlumbaan 50 meter.
Pada Sukan Olimpik Rio minggu lalu, Usain berjaya memenuhi sasarannya mencatat ‘triple triple’ buat pertama kali dalam sejarah apabila menggondol pingat emas dalam acara 100m, 200m dan 4x100m sebanyak tiga kali Olimpik berturut-turut.