WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dengan lantang menyatakan calon Parti Republikan, Donald Trump tidak layak untuk menjadi presiden negara itu.
"Trump berterusan membuktikan dia memang tidak bersedia untuk berkhidmat di Rumah Putih," katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas jutawan hartanah kontroversi itu dengan biadab mengutuk ibu bapa kepada seorang anggota tentera AS beragama Islam yang terkorban, beberapa hari lalu.
"Anda bukan lagi berada dalam situasi melakukan kesilapan bodoh sekali sekala. Dia sering mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan orang lain. Akan sampai satu tahap anda akan berkata 'sudah cukup'.
"Dia bukan seseorang yang boleh saya sokong untuk berkhidmat sebagai Presiden AS walaupun jika dia adalah anggota parti saya sendiri (Parti Demokrat)," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, satu tinjauan baharu dilakukan terhadap 1,289 responden antara 28 Julai dan 1 Ogos lalu menunjukkan calon Parti Demokrat, Hillary Clinton telah meraih lapan mata peratusan mengatasi Trump dalam usaha untuk merebut jawatan di Rumah Putih.
Kaji selidik Reuters/ Ipsos menunjukkan bekas Setiausaha Negara AS itu memperoleh 43 peratus undi sokongan berbanding pesaingnya yang hanya mendapat 35 peratus undi sokongan.
Minggu lalu, tinjauan sama yang dilakukan mendapati ahli perniagaan dari New York itu memperoleh 39 undi sokongan, dua mata peratusan mengatasi Hillary.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: