PERMATANG PAUH - Suasana tenang di Flat Taman Sri Pauh di sini, bertukar kecoh apabila penduduk dikejutkan dengan kehadiran seekor ular tedung selar yang dilihat melingkar di tingkap sebuah unit rumah di kawasan itu, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, reptilia sepanjang empat meter dikatakan turun dari rumah di tingkat tiga ke tingkat dua flat berkenaan.
Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Ahmad berkata, dia menyedari kejadian itu selepas mendengar bunyi bising dan melihat sekumpulan penduduk berkumpul di bahagian bawah flat.
Curiga dengan keadaan itu, Ahmad pergi menghampiri kumpulan penduduk berkenaan bagi mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.
“Selepas itu, saya terkejut apabila melihat seekor ular berada di dinding flat berkenaan.
“Sebelum ini, belum ada lagi insiden seperti ini berlaku malah kejadian ini amat mengejutkan kami bagaimana haiwan berbisa ini boleh berada di kawasan perumahan kami,” katanya, semalam.
Ahmad berkta, kejadian itu menyebabkan beberapa penduduk takut dan trauma dan berharap kejadian itu tidak akan berulang lagi.
“Mujur ada penduduk yang perasan kehadiran ular itu. Jika ular berkenaan berjaya masuk ke rumah penduduk, tidak tahu apa nasib mereka,” katanya.
Sementara itu, pembantu Pertahanan Awam Daerah Seberang Perai Tengah, Mohamad Ridhwan Razeman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.55 pagi sebelum bergegas ke lokasi.
Mohd Ridwan berkata, ketika pasukannya tiba di lokasi, tiga lelaki menawarkan diri mahu menangkap ular berkenaan yang berada di dinding flat itu.
“Tiga lelaki berkenaan kemudiannya berjaya menangkap ular itu dan memasukkannya ke dalam karung guni sebelum dihantar kepada pihak Perhilitan.
“Ular tedung selar berkenaan dianggarkan seberat lebih 15 kilogram,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: