ISU dadah, rogol, pergaulan bebas, keganasan, bukan isu baharu yang melatari bukan sahaja negara Malaysia, bahkan boleh dikatakan di seluruh dunia.
Rentetan daripada itu, mencetuskan idea buat Khairul Azri Md Noor atau lebih dikenali dengan panggilan Kroll menghasilkan sebuah filem.
Menurut Kroll, filem ini pada asalnya diberi judul Uda dan Dara sebelum ditukar kepada Pekak.
Tidak hanya mengangkat sebuah kisah orang kelainan upaya (OKU) semata-mata, Pekak membawa isu semasa yang sudah lama membimbangkan masyarakat.
Bercerita lanjut mengenai pembikinan filem ini, Kroll berkata, dia mendapat idea dari isu semasa yang bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di luar.
Dia kemudiannya mengolah dan mempotretkan sebuah kisah untuk dijadikan teladan buat semua.
"Pada awalnya, cerita ini berlainan dari apa yang akan ditayangkan, tapi tidak perlulah saya cerita mengapa ia diubah.
"Tapi apa yang pasti, saya mendapat inspirasi dari apa yang saya baca, apa yang pernah orang dengar, lihat dan mungkin alami.
"Dari situ saya gabungkan dan olah serta seterusnya diterjemahkan dalam Pekak," katanya kepada Zass.
Memilih lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Kuala Kangsar, Perak, Kroll berkata, mereka menjalani penggambaran selama 23 hari.
"Walaupun 90 peratus penggambaran filem ini dijalankan di Kuala Lumpur, tapi saya tidak potretkan Kuala Lumpur menerusi KLCC atau Menara KL.
"Sebaliknya saya buat ia secara umum agar ia nampak lebih dekat dengan masyarakat," jelasnya.
Biarpun semua filem Malaysia terikat dengan syarat tertentu dari Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF), Kroll berkata, dia tidak terlalu memikirkan perkara itu dan cuba mempotretkan filem ini sebaik mungkin.
"Pihak Grand Brilliance memang ada melakukan beberapa siri perbincangan dengan LPF dan mereka memang sedia maklum apa yang kita lakukan.
"Tapi saya tidak terlalu memikirkan mengenai apa yang boleh dan tidak kerana saya mahu ia nampak seperti realiti.
"Alhamdulillah tidak banyak pemotongan yang dibuat oleh pihak LPF," ujarnya.
Pekak menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi dan Iedil Putra.
Ia turut membawakan penampilan istimewa Zaidi Omar, Joe Flizzow dan Chew Kin Wah.
Pekak mengisahkan tentang Uda, seorang lelaki mudah yang pekak dan menjual dadah bagi mengumpul wang untuk menampung kos pembedahan koklea supaya dia dapat mendengar dengan normal.
Takdir menemukan Uda dengan Dara, seorang pelajar sekolah bermasalah yang cuba bebas daripada kongkongan bapanya.
Hubungan cinta mereka yang mula terjalin dihalang oleh dunia yang penuh keganasan, seks, dan dadah.
'Filem berbeza' -Iesta
Sementara itu, Penerbit Eksekutif Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin menyifatkan Pekak bukan berdasarkan genre cinta semata-mata, sebaliknya membawakan sebuah tema penceritaan yang berani.
"Kroll dan Shahazril Hamzah datang berjumpa kami dan mempersembahkan karya yang diberi judul Uda dan Dara pada awalnya.
"Genre filem ini memang mengisahkan tentang percintaan, tetapi tema yang dibawakan menarik perhatian kami untuk diterbitkan.
"Jadi ia membuka hati kami dan membuka jalan untuk Kroll menghasilkan filem pertamanya ini," katanya.
Biarpun belum ditayangkan di Malaysia, Iesta berkata Pekak sudah tercalon dalam kategori 'Best International Film' di World Premieres Film Festival Philippines (2016) dan turut ditayangkan Di Marche Du Film Cannes (2016).
"Saya berharap apabila ia ditayangkan pada 1 September depan, ia turut mendapat perhatian rakyat Malaysia dan mereka suka dengan jalan cerita yang kita tampilkan," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: