Shahrizal atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 28, berkata, dia bertambah teruja apabila ujian ultra bunyi yang dilakukan mengesahkan janin dalam kandungan adalah bayi lelaki.
"Alhamdulillah walaupun saya dan isteri tidak menjangkakan kehamilan kedua ini namun kami bersyukur dengan rezeki dikurniakan Allah.
"Saya lebih teruja daripada terkejut apabila doktor mengesahkan jantina bayi kedua kami adalah lelaki.
"Saya memang mahukan anak lelaki dan Alhamdulillah hasrat itu dimakbulkan, Insya-Allah selepas ini saya ada teman," katanya.
Shahrizal dan Hanis berkahwin pada 1 Mei tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang anak peremuan iaitu Alana Jasmeen Jaszle yang kini berusia lapan bulan.
Shahrizal bersama anak perempuannya, Alana Jasmeen Jaszle.
Dalam pada itu, Shahrizal berkata, gelaran sebagai seorang bapa yang disandangnya sejak kelahiran Alana telah banyak mengubah kehidupan dia dan keluarganya.
Jelasnya, setiap yang dilakukan kini adalah demi anaknya, Alana dan bayi yang bakal dilahirkan nanti.
"Alhamdulillah mempunyai anak adalah satu perubahan yang cukup besar dalam hidup dan apa yang saya lakukan kini adalah untuk mereka.
"Saya perlu bekerja keras demi anak-anak agar masa depan mereka terjamin," katanya.
Sementara itu, Shahrizal berkata, selain berlakon dia kini berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan menghasilkan produk makanan tambahan vitamin C bawah jenamanya iaitu Alana White Vit-C.
Katanya, ia bukan produk untuk memutihkan kulit sebaliknya vitamin untuk tujuan kesihatan yang boleh diambil oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa.
"Sebelum ini ada yang menawarkan saya menjadi duta atau menjalin kerjasama mengeluarkan produk tetapi saya tolak kerana mahu tampil dengan jenama sendiri.
"Alhamdulillah akhirnya saya memilih produk suplemen vitaman C kerana ia sesuatu yang ringkas dan boleh diambil oleh semua golongan," katanya yang kini giat mempromosikan produk berkenaan menerusi laman sosial dan karnival.
Dalam perkembangan lain, Shahrizal berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama rantaian 100 episod iaitu Lara Aishah terbitan Global Station.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: