HENAN - CHINA. Bagi yang inginkan cabaran, pasti aktiviti berkhemah di tebing gunung adalah aktiviti yang anda inginkan.
Buat pertama kalinya, satu aktiviti berkhemah di tebing gunung di laluan pejalan kaki yang sempit di tebing gunung Laojun di wilayah Henan, China dianjurkan.
Salah seorang penganjur aktiviti itu, Xu Lei berkata, mereka membenarkan sekitar 100 pengembara tidur di kaki gunung berkenaan dan berpeluang melihat pemandangan matahari terbit yang menakjubkan.
"Kami mula mendaki pada petang Jumaat dan mula memasang khemah di sepanjang laluan pejalan kaki berkayu pada ketinggian 1,700 meter," kata Xu.
Kawasan perkhemahan tersebut terletak di laluan pejalan kaki di belakang gunung berkenaan dengan angin yang perlahan dan tidak dibuka kepada pelancong biasa.
"Ia adalah tempat yang agak selesa untuk peserta," ujarnya
Tambah Xu lagi, peserta berpeluang menikmati pemandangan lautan awam yang boleh dilihat pada jam 10 malam pada Jumaat dan berterusan sehingga jam 5.00 petang pada hari berikutnya.
"Ia memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan kelihatan seolah-olah berada di tengah-tengah lautan.
"Jangan bimbang, pagar turut di pasang bagi mengelakkan peserta terjatuh ketika tidur pada waktu malam," katanya.
Pihak pengajur turut meletakkan tandas mudah alih dan lampu suluh untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
'Ia adalah sangat mendebarkan untuk melakukan yoga pada ketinggian 2000 meter, " kata pemandu pelancong berusia 28 tahun, Qu Wei.
Katanya, lokasi tersebut turut dilengkapi rangkaian Wifi dan membolehkan pelancong berkongsi pengalaman mereka di rangkaian media sosial.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: