BUKAN sengaja mahu hidup di jalanan tetapi masalah dihadapi seperti tekanan hidup mendorong segelintir masyarakat untuk hidup bergelandangan.
Ada di antara mereka mendakwa memilih kehidupan sebegitu hanya sementara waktu namun ramai yang terus dihambat masalah dan terpaksa terus merempat.
Kebanyakan daripada golongan itu terdiri daripada pekerja seks, penagih dada dan mak nyah.
Gelandangan yang hidup secara transit ini akan menumpang teduh dari satu tempat ke satu tempat atas ‘ihsan’ kelompok tertentu.
Kehadiran mereka mungkin tidak disedari berbanding gelandangan yang menetap di kaki lima atau lorong-lorong kedai.
Bagaimanapun masih ada NGO dan sukarelawan yang memberikan perhatian kepada golongan ini.
Kenapa memilih kehidupan begitu dan faktor mereka bergelandangan, semua itu dikongsi golongan terbabit bersama wartawan Sinar Harian yang menyelami kehidupan mereka.
MENGAKUI sudah 12 tahun menjalani kehidupan sebegitu di Kuantan, dia berkata, keputusan itu adalah pilihannya sendiri.
“Saya selesa hidup macam ni. Biarlah apa orang nak kata kerana inilah jalan hidup yang saya pilih. Tiada rumah tak bermakna saya tak mempunyai kehidupan,” katanya.
Sebagai seorang mak nyah yang bergantung hidup dengan hasil menawarkan khidmat seks, hidupnya tidak selalu indah seperti diharapkan.
Jika dahulu hidupnya dilimpahi kesenangan sehingga mampu tinggal di hotel mewah dan berpakaian cantik, namun kini dia tinggal di bilik sempit.
“Biarlah di bilik sempit ini daripada tercampak ke jalanan dan hidup merempat,” katanya.
Didie berkata, hidupnya tidak pernah berubah menjadi lebih baik seperti diharapkan namun dia mengakui masih selesa.
Dia akui, hidupnya tidak mudah. Pada usianya kini, pelanggan yang mendapatkan khidmat seksnya semakin kurang kerana mereka beralih mencari yang muda.
“Bila tiada pelanggan, sudah tentu pendapatan juga kurang jadi saya hidup kena bergantung keadaan sehingga terpaksa berpindah dari satu bilik ke bilik ikut kemampuan.
“Hari ini saya masih mampu menyewa bilik murah, esok belum tentu,” katanya.
Menurutnya, dia bersyukur kerana mempunyai rakan untuk menumpang.
“Mereka sentiasa beri sokongan di saat saya rasa sedih dan hilang arah tuju, mereka masih berada di sekeliling saya,” katanya.
Didie berkata pada awalnya dia dicabar kawan-kawan untuk mencuba nasib di negeri ini yang kononnya menjanjikan 1,001 kemewahan untuk golongan seperti mereka.
“Dulu memang seronok, bukan sahaja ramai pelanggan, duit pun banyak. Kami tinggal di hotel-hotel mewah dan pakai baju cantik-cantik namun kini segalanya seperti sudah berada di penghujungnya.
Didie yang merupakan anak kedua dari lima beradik berkata, keluarganya tahu perangainya yang lembut persis wanita, tetapi dia tidak pernah memberitahu mereka mengenai pekerjaan yang dilakukannya selama ini.
Katanya, keluarganya hanya tahu dia menjadi mak andam dan dia tidak pernah memberitahu hidup umpama gelandangan yang sering pindah dari satu tempat ke tempat lain di sekitar Kuantan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: