Pelajar perempuan Maahad Darul Quran tertib menunggu penyampaian sijil dan anugerah.
MARANG - Kira-kira 150 pelajar Maahad Darul Quran menerima anugerah dan sijil penghargaan sempena Majlis Istiadat Ihtifal Idul Ilmi Maahad Darul Quran ke-25 di Dewan Tok Guru, di Masjid Rusila, kelmarin.
Pada majlis itu, seramai 104 pelajar menerima Sijil Syahadah Thanawiyah, manakala 22 pelajar menerima Sijil Penghargaan Khatam 30 Juzuk al-Quran dan empat lagi pelajar menerima Sijil Syahadah Tahfiz al-Quran.
Sementara itu, 22 pelajar yang mendapat pangkat mumtaz turut dirai dan menerima Anugerah Pelajar Cemerlang.
Dua pelajar, Syed Mohd Nur Bukhari Syed Abu Bakar dan Siti Muslimah Zaukifli pula dipilih menerima Anugerah Akademik Terbaik tahun ini, manakala Abdul Rahman Alias dan Siti Muslimah Zaukifli dipilih menerima Anugerah Pelajar Mithali.
Majlis penyampaian anugerah dan sijil disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah Maahad Darul Quran, Datuk Hussien Awang.
Beliau turutmengucapkan tahniah kepada pihak Maahad Darul Quran yang menjayakan majlis ihtifal kali ini dan kepada semua pelajar di atas kejayaan cemerlang mereka.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: