SHAH ALAM - Sejak permainan Pokemon Go dilancarkan kelmarin, ratusan peminat tegar mula memuat turun di aplikasi telefon pintar masing-masing.

Masih ada sesetengah mereka meneruskan permainan berkenaan meski Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri memberi pendapat untuk tidak membenarkan umat Islam bermain atas faktor maslahah dan kemudaratan.

Tinjauan Sinar Harian di laman sosial mendapati ramai peminat menyambut baik kehadiran permainan yang berasal dari negara Matahari Terbit itu.

Salah satu admin laman peminat Pokemon Go Malaysia berkata, selepas  Pokemon tiba maka selamat tinggal dunia sosial.

"Pokemon Go sudah berada di Malaysia. Anda kini boleh mengucapkan selamat tinggal dunia sosial," katanya.

Sementara itu, menerusi Malaysia Chapter, seorang pelayar, Sarah Allay berkata, kelibat Pokemon berada berhampiran masjid jamek.

"Begitu pantas sehingga ke tahap 21 ah? Apa pun, bagaimana untuk mengesan dan melaporkan spoofers?.

"Mohon laporan dan beritahu saya jika benar atau tidak," katanya.

Arsyad Azmin pula berkata, kelajuan tahap Pokemon miliknya kini berada di tahap 30.

"Hmmm... laju betul sudah level 30+ di kawasan Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur," katanya.

Kata Hai Ry pula, dia sukar untuk mengesan wild pokemon yang terdekat dengan menggunakan peranti Sony S3. Berbeza dengan Miz Lieya yang mengatakan permainan Pokemon itu membuatkan dia banyak membuat pergerakan fizikal bagi menangkap Pokemon di luar rumah.      “ Ia satu alasan untuk bersenam sekali gus menyihatkan badan saya,” katanya.