Shahir (dua, kiri) bersama sepupunya ketika berada di Singapura.
KUALA LUMPUR - Permainan Pokemon Go menggamit nostalgia semasa zaman kecil bagi mereka yang kini berusia lingkungan 20an.
Seorang pekerja swasta, Mohd Shahir Zakaria, 26, berkata, dia tidak melihat permainan itu sebagai sesuatu yang memudaratkan.
“Main biarlah berpada-pada jangan terlalu taksub, kalau tahu kamu di tempat yang bahaya, janganlah gadaikan nyawa semata-mata nak tangkap Pikachu.
“Pokemon Go sama macam permainan lain juga sekadar isi masa lapang, tak nampak keburukan pun cuma sekarang tengah fanomena bila dah lama-lama nanti orang akan beralih ke permainan baru,” katanya.
Katanya, dia mula muat turun permainan itu kelmarin sejurus Pokemon Go masuk masuk ke dalam negara.
“Kebetulan saya ke Singapura, lihat keadaan sana memang meriah penuh orang ramai yang main Pokemon Go.
“Terpulang pada diri kita tapi pada saya lebih kepada menggamit zaman kanak-kanak bila Pokemon antara animasi yang menjadi kegilaan ketika itu,” katanya yang kini sudah berada di 'Level' (tahap) 6.
Seorang kakitangan awam, Noorziekri Ismail, 27, berkata, dia tidak melihat permainan itu sesuatu yang memudaratkan atau melalaikan.
“Kalau lihat dari sudut positif banyak orang yang mulai bersosial, tidak lagi hanya duduk di rumah tapi sudah boleh keluar berada di kawasan taman dan berbual dengan pengguna aplikasi tu.
“Saya belum muat turun Pokemon Go sebab telefon saya tak sokong aplikasi tu, tapi sentiasa ikuti perkembangannya dan kebanyakan kawan mulai berkongsi tentangnya.
“Saya penggemar koleksi permainan dalam talian, tak melihatnya membawa keburukan, semuanya bergantung pada diri kita,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: