Mohamad Hasan
SEREMBAN - Kerajaan negeri memberi tempoh selama tiga bulan kepada semua syarikat telekomunikasi untuk melakukan pemutihan terhadap setiap struktur dan menara yang dibina tanpa kebenaran.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya mendapati banyak menara telekomunikasi haram dibina tanpa mendapatkan kebenaran kerajaan negeri.
Beliau berkata, tindakan tersebut merupakan satu kesalahan dan menyalahi peraturan ditetapkan.
“Bermula pada hari ini (semalam), kita memberi tempoh selama tiga bulan kepada semua syarikat telco untuk melakukan pemutihan struktur telekomunikasi atau menara yang dibuat secara haram.
“Jika mereka gagal, kita akan mengambil arahan dengan meminta PBT untuk merobohkan semua struktur dan menara haram itu.
“Semua telco perlu tampil membuat permohonan dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan kebenaran secara bertulis, bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang,” katanya.
Katanya, beliau tidak mahu syarikat telekomunikasi itu melakukan perundingan dan membuat perjanjian sendiri dengan tuan serta pemilik tanah sahaja tanpa kebenaran kerajaan negeri.
Menurutnya, semua struktur dan menara telekomunikasi yang dibuat perlu mendapat izin kerajaan negeri sama ada ia dibina di tanah persendirian atau premis dan bangunan persendirian.
Ini kerana, katanya, pihaknya perlu memikirkan kepentingan dan keselamatan rakyat negeri ini agar tidak terancam dengan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudataran.
“Ada sesetengah struktur dan menara dibina tidak mematuhi syarat serta boleh mengundang bahaya kepada orang awam.
“Ada banyak risiko boleh terjadi, misalnya angin kuat boleh menyebabkan struktur atau menara itu tercabut, sekali gus memberi kemudaratan kepada orang ramai.
“Kita tidak mahu, jika ada berlakukan kemalangan melibatkan hal ini, kerajaan negeri pula yang dipersalahkan.
“Sebab itulah, saya mahu semua syarikat telekomunisi segera melakukan pemutihan bagi membolehkan kerajaan negeri menilai lokasi dan kawasan yang dibina itu agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, semalam.
Mohamad berkata, dalam tempoh pemutihan itu, sekiranya lokasi struktur dan menara yang dibina tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai, kerajaan negeri akan meluluskan permohonan.
Bagaimanapun, katanya, jika sebaliknya, mereka akan dinasihatkan supaya menukar ke tempat yang lebih sesuai.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: