Saturday, July 6, 2013

Alam fantasi Dewan Shah Alam


PAKEJ makanan laut antara pilihan istimewa sempena Ramadan yang ditawarkan Dewan Shah Alam.


MELANGKAH masuk ke Dewan Shah Alam yang terletak di Jalan Iktisas 14/6, Shah Alam, hati pasti terpaut dengan suasana dan susun atur restoran itu yang berbeza daripada tempat berbuka biasa.
Jika kebanyakan restoran membuat dekorasi ala kampung, Juraidah Amoni pula menghias restorannya seperti sebuah taman fantasi yang unik.
Bunga-bunga rona ceria dihias indah di samping penataan rona lembut memberi pemandangan menakjubkan untuk dipotretkan sebagai foto kenangan bersama keluarga.
Juraidah berkata, ketika berkunjung ke restoran atau hotel pada bulan Ramadan, dia sering melihat dekorasi yang hampir sama iaitu ala kampung.
“Saya ingin membuat kelainan dan dekorasi ala fantasi dipilih kerana saya jarang melihat restoran direka seperti taman dengan penggunaan bunga dan lampu yang menarik,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Pada masa sama, Dewan Shah Alam memberi pilihan menu berbuka yang jarang dihidangkan di restoran atau hotel lain.
“Dalam mencari kelainan, kami memilih untuk menghidangkan tetamu dengan makanan laut yang segar. Terdapat beberapa pakej yang boleh dipilih oleh pengunjung berdasarkan jenis hidangan. Mereka juga boleh menentukan cara masakan mengikut selera masing-masing,” kata Juraidah yang turut menyediakan perkhidmatan katering.
Selain itu, pengunjung masih boleh memilih untuk hidangan bufet ala kampung apabila ruang atas yang dinamakan Mahligai Cinta, menyediakan lebih daripada 10 jenis menu utama selain beberapa juadah pemanis mulut.
“Menariknya, pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan nasyid popular, Rabbani, yang membuat persembahan hampir setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini.
“Para pelanggan juga boleh menunaikan sembahyang tarawih bersama-sama Kumpulan Rabbani di restoran ini,” tambah Junaidah.
Junaidah turut memberi potongan sebanyak 30 peratus pada tiga hari pertama Ramadan sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: