Saturday, July 6, 2013

Menu ala kampung GTower


HOTEL GTower menawarkan juadah asli makanan kampung.


KEENAKAN nasi hujan panas berlaukkan ayam goreng lengkuas pasti memberi kepuasan apabila dinikmati ketika berbuka puasa.
Sekiranya ada yang ingin menikmati hidangan tersebut, jangan gusar kerana Hotel GTower di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur menyediakan juadah itu sebagai menu utamanya.
“Kami menumpukan masakan Melayu asli kerana ia merupakan hidangan yang pasti dicari oleh pengunjung. Menariknya, setiap hidangan dimasak secara tradisional oleh chef berpengalaman,” ujar Penolong Pengurus Komunikasi Pemasarannya, Imelda Shubari kepada Kosmo!.
Pemilihan juadah berbuka dibuat berdasarkan pengamatan kegemaran ramai oleh chef selebriti, Chef Johnny Fua yang mengetuai kumpulan masakan untuk berbuka. Pengunjung pasti mendapat kepuasan melalui deretan makanan berteraskan hidangan kegemaran orang Malaysia seperti kerabu perut, kerabu jantung pisang, pasembor dan sambal belacan.
Bukan itu sahaja, variasi pencuci mulut juga bakal membuatkan pengunjung terkenang suasana damai di kampung.
Setiap hidangan disusun mengikut kategori bagi memudahkan pengunjung mencari makanan pilihan mereka. Terdapat juga menu kambing bakar yang disertakan bersama nasi arab bagi melengkapkan selera.
Sambil menjamu hidangan, mata akan bertumpu pada persekitaran dan dekorasi Dewan Rajang, Hotel GTower yang berkonsepkan ciri-ciri mesra alam. Mata juga terpukau dengan perabot-perabot unik dan replika cili gergasi yang diletakkan di tengah-tengah hotel itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: