Thursday, January 3, 2013

Simpanan data lebih bergaya


PEMACU mudah alih Backup Plus Seagate berwarna silver ini mampu menarik perhatian pengguna.


TAMPIL dengan rekaan edisi terhad terbaharu, pemacu mudah alih Backup Plus berwarna violet pasti mampu mencuri perhatian pengguna.
Produk berjenama Seagate itu merupakan tambahan terkini dalam keluarga pemacu mudah alih Backup Plus bersaiz 2.5 inci.
Boleh didapati dalam kapasiti 500Gb dan 1TB, pengguna berpeluang membuat pilihan yang diingini. Selain warna violet, terdapat juga pelbagai warna lain bagi pemacu mudah alih Backup Plus Seagate yang sedia ada di pasaran.
Produk Backup Plus Seagate adalah cakera keras luaran pertama di dunia yang menyediakan sandaran untuk kandungan pada rangkaian sosial seperti Facebook dan Flickr serta mampu melindungi kehidupan digital anda dengan hanya satu klik.
Untuk menambahkan satu lagi tahap fleksibiliti, Seagate mereka rangkaian itu untuk berfungsi secara tukar ganti dengan kedua-dua komputer Windows dan Apple.
Selain itu, ia menampilkan ciri-ciri baharu untuk melindungi, berkongsi dan menyimpan hampir setiap aspek kehidupan digital.
Produk-produk itu dimuatkan dengan perisian Seagate Dashboard baharu sekali gus, membantu pengguna menghilangkan segala halangan untuk melaksanakan sandaran dan penyimpanan kandungan dengan mudah.
Selain untuk kegunaan peribadi, pemacu anggun dan elegan itu amat sesuai dijadikan hadiah istimewa buat keluarga atau insan tersayang.
Pemacu mudah alih Backup Plus Seagate boleh didapati di kedai peruncit utama di Plaza Low Yat (IT Mall) pada harga RM189 (500GB) dan RM289 (1TB). Untuk maklumat lanjut, layari www.seagate.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: