Laman web itu menjadi platform mengetengahkan hasil kerja kraf yang unik dan kontemporari kepada pembeli atas talian.
Bergelar suri rumah tidak menjadi kekangan kepada dirinya menjual material kraf yang sukar didapatkan seperti ‘grosgrain ribbon’ dan ‘fancy buttons’.
Lebih mesra disapa sebagai Jaja, dia berkata, sehingga kini, 70 peratus pelanggannya dari Semenanjung Malaysia, 20 peratus Sabah dan Sarawak manakala 10 peratus selebihnya dari Brunei, Singapura, Indonesia, Filipina, Afrika Selatan, Itali dan sebagainya.
Bayar RM100 bangun laman web
Jaja berkata, apabila permintaan semakin meningkat, dia mengambil inisiatif membangunkan laman web dengan bayaran RM100 setahun.
Katanya, bagi mengukuhkan lagi jenama Jajakraf, dia membangunkan dua laman sosial Facebook iaiatu www.facebook.com/JajaKraf dan www.facebook.com/jajakrafandsupplies.
“Dorongan dan sokongan suami menjadi penguat semangat. Suami saya adalah individu yang bertanggungjawab dalam hal ehwal teknikal bagi membangunkan blog berkonsepkan e-dagang yang mudah dan mesra pelanggan.
“Setiap produk dibeli tidak dikenakan kos pengurusan, tetapi pelanggan hanya perlu bayar caj penghantaran Pos Laju yang ditetapkan,” katanya.
Berhasrat anjur kelas kraf
Menurut Jaja, permintaan setempat khususnya sekitar Kota Kinabalu dilihat semakin meningkat setiap hari sekali gus ia menjadi pendorong kepadanya membuka kedai di pekan Tuaran pada pertengahan Oktober 2011.
Katanya, penjualan secara alam maya lebih tertumpu pelanggan di luar kawasan. Sebaliknya, pelanggan boleh dapatkan pelbagai material dengan harga serendah RM1 hingga RM30 manakala buatan tangan bermula dari RM2.50 hingga RM25.
“Saya mahu menganjurkan kelas mengajar cara membuat hasil kraf dalam pelbagai bentuk seperti kit dan e-buku. Sebelum ini, saya pernah dijemput untuk mengajar di Johor dan Selangor.
“Pengeluaran setiap rekaan baru bergantung kepada idea. Sebagai contoh, dua hingga tiga bulan kebelakangan ini, saya keluarkan pemegang kad pengenalan daripada PVC, bingkai gambar, rantai kunci dan kerongsang,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: