Beli-belah di hujung jari
Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, kaedah membeli secara dalam talian (online) kini semakin mendapat tempat. Malah, ia menjadi satu cara mudah untuk berbelanja dan mendapatkan barang keperluan tanpa perlu panjang di kaunter atau bersesak- sesak di pusat membeli-belah.
Hanya menggunakan internet, segala- galanya di hujung jari. Di negara maju, pembelian melalui internet sudah lama diamalkan. Di negara kita, walaupun ia belum begitu rancak tetapi menunjukkan tanda-tanda positif dan pasti sedang berkembang apabila masyarakat, khususnya golongan wanita yang mempunyai kuasa beli yang tinggi semakin mengenali kaedah pembelian secara maya ini.
Online shopping adalah satu cara untuk membeli dengan mudah dan pantas. Anda berpeluang mendapat barangan edisi terhad atau yang tidak dijual di negara ini, jika bernasib baik mungkin dapat membeli sesuatu yang diminati pada harga lebih murah berbanding.
Kelebihan membeli di internet pengguna berpeluang membeli-belah pada bila-bila masa tidak kira siang, malam atau tengah malam. Anda tidak perlu terkejar-kejar, berpusing-pusing mencari tempat letak kereta, mengelilingi kompleks membeli- belah untuk mencari barang keperluan dan beratur panjang di kaunter pembayaran.
Melalui internet juga anda dapat mencari barangan yang berkualiti pada harga berpatutan lebih murah. Anda juga boleh membeli model barangan berjenama yang tidak dijual di negara kita.
Tip membeli-belah secara online
1. Kunjungi laman membeli-belah di internet
2. Cari dan pilih barangan.
3. Pilih cara pembayaran dan masukkan data yang diminta.
4. Jawapan sama ada pembelian anda berjaya atau tidak akan dimaklumkan di laman yang sama
5. Jika berjaya, jangan lupa mencetak dan menyimpan setiap dokumen yang berkaitan dengan pembelian anda. Ia boleh menjadi rujukan jika berlaku masalah ketika proses penghantaran. Anda juga memerlukan dokumen ini jika ada kerosakan sebaik barangan tiba ke tangan anda.
6. Kad kredit paling mudah dan selamat. Bagaimanapun, jangan dedahkan nombor keselamatan sosial untuk mengelakkan identiti anda dicuri.
(Sumber : http://www.kkk.org.my)
Sepanjang dua suku ke dua 2012, Dealmates telah mencapai statistik pertumbuhan yang terbaik berbanding pesaing tempatan daripada segi tawaran produk dan trafik pengguna.
Sejak Julai 2012, Dealmates telah memaparkan purata 700 produk setiap bulan, 39 peratus produk fesyen elektronik dan gajet (24 peratus), produk kecantikan (14 peratus) dan keperluan rumah (13 peratus). Baki 10 peratus disumbangkan daripada produk keibubapaan dan produk penghantaran ekspres.
Dealmates sentiasa berazam untuk terus kukuh dalam pasaran Malaysia dan menjadi salah satu jenama terkemuka. Kami bekerja keras untuk menawarkan produk terbaik dalam bandar bersama peningkatan produk premium, keahlian dan pendapatan. Syarikat juga sedang berusaha meningkatkan penambahan penawaran untuk beberapa kategori produk antaranya, segmen keibubapaan, keperluan asas rumah dan fesyen berjenama.
Dealmates kini di tangga teratas sebagai medium dan tapak pemasaran jualan dalam talian. Syarikat memanfaatkan prinsip menyediakan diskaun yang menarik dan serta-merta daripada pelbagai vendor untuk segmen fesyen, kecantikan, kosmetik, elektronik dan lain-lain industri.
Syarikat ini dibangunkan pada 2011 melalui kerjasama bersama Catcha Group Sdn Bhd dan Intel Capital.
Ketua Pegawai Eksekutif Dealmates, Erman Akinci
JackCow.com beroperasi sejak Mac 2011 dan terus mengekalkan momentum pertumbuhan yang baik dalam industri jualan menerusi internet di Malaysia.
Jenama ini dibangunkan oleh Forum Digital Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Qinetics Solutions Berhad. JackCow meneruskan misinya untuk menjadi antara pemain utama di rantau ini. Trend pembelian ini akan menjadi satu fenomena seperti di Amerika Syarikat dan China ketika ini.
JackCow adalah laman sesawang yang menawarkan pelbagai barangan setiap hari termasuk yang berjenama terkenal seperti Kenny Rogers, Station One, Skin Renew, Bizzy Body, APT Saloon, KL Bird Park.
Pelanggan yang mencadangkan kepada rakan mereka akan mendapat ganjaran istimewa dan layak menerima potongan untuk pembelian akan datang. Kami juga mempraktikkan konsep menang-menang dengan menekan aspek kualiti dalam berurusan, kualiti dan kuantiti pangkalan data ahli.
Tanggungjawab Kualiti perjanjian itu adalah sama penting untuk membezakan dan bersaing di kalangan pesaing. Oleh itu, perjanjian khas yang memberikan mereka nilai yang besar akan dibeli di akhir.
Syarikat menyasarkan satu juta ahli tahun ini dan ketika ini jumlah itu telah menghampiri 250,000 manakala 69,500 pengikut di laman sosial Facebook. Kekalkan hubungan baik dengan pembekal adalah kunci utama kejayaan dalam industri ini.
Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kerana kami mengutamakan jaminan pemulangan dalam tempoh 48 jam di samping sokongan daripada staf yang mesra pengguna, dan cepat memberi komitmen.
Ketua Pegawai Eksekutif JackCow.com, Wong Sui Ting
Di Malaysia, Rakuten baru sahaja mengumumkan pelancaran laman sesawang belian online pada Mei 2012 dan laman sesawang itu memasarkan lebih 11,000 produk dari peruncit terkemuka bermula 1 November 2012.
Secara keseluruhannya, 2012 telah menjadi tahun yang menarik buat kami terutama dalam melaksanakan strategi pengembangan untuk terus menggunakan peluang yang semakin meningkat dalam bidang e-dagang yang semakin bertenaga di seluruh dunia.
Sejak 12 bulan yang lalu, kita telah melihat jualan runcit dalam talian ini berkembang seiring kecanggihan, dan kuasa membeli-belah barangan berjenama di hujung jari.
Rakuten Malaysia juga sedar ramai di kalangan masyarakat kini yang mulai sedar akan manfaat membeli-belah dalam talian.
Justeru, peluang ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin malah pengalaman membeli-belah mereka akan lebih ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Kami menyediakan pengguna dengan pengalaman membeli-belah baru sepenuhnya dalam talian yang menghiburkan dan berinteraktif, sekali gus mendorong kepada peningkatan perkembangan e-dagang di Malaysia.
Rakuten Inc adalah syarikat terulung yang menyediakan perkhidmatan jualan dalam talian merangkumi urus niaga secara e-dagang, e-baca, pengembaraan, perbankan, keselamatan kad kredit, e-wang, portal, media, pemasaran secara dalam talian dan kesukanan. Rakuten ini berkembang aktif di seluruh asia. Eropah, dan Amerika yang diasaskan pada 1997 di Tokyo, Jepun.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Online Shopping, Masaya Ueno
Zalora Malaysia adalah portal membelibelah fesyen yang berkembang di negara ini serta beberapa negara Asia lain seperti Singapura, Thailand, Filipina Indonesia, Taiwan dan Hong Kong di bawah pentadbiran Zolora Asia group.
Laman sesawang ini begitu cepat dikenali kerana menawarkan perkhidmatan dan produk yang pelbagai menerusi katalog dan berazam menjadi portal jualan membeli-belah nombor satu dalam segmen fesyen di Malaysia. Zalora Asia menjadi pencetus kejayaan untuk perkembangan perniagaan dalam talian seluruh dunia dengan nama yang berlainan seperti Zalando (Eropah), The iconic (Australia), Dafiti (Brazil), groupon.com, Lamoda (Rusia), Locondo (Jepun) Jabong (India) dan pelbagai lagi.
Zalora menawarkan 600 produk berjenama luar negara dan tempatan bersama katalog untuk segmen pakaian wanita, lelaki, sukan, kanak-kanak, tradisional, produk kecantikan, dan perabot rumah mengikut permintaan dan trend semasa.
Zalora berbeza dengan portal jualan lain kerana tiada caj penghantaran di seluruh Malaysia, polisi pemulangan barangan dalam tempoh 30 hari. Di kawasan lembah Klang, johor, Kedah dan Pulau Pinang, Zalora menawarkan pilihan untuk penghantaran dan bayaran tunai bagi beberapa jenama tertentu.
Bayaran diterima melalui kad kredit, paypal, pemindahan wang secara dalam talian, pemindahan wang melalui bank (bank deposit) dan pelbagai lagi. Kami komited untuk terus menyediakan perkhidmatan dan pengalaman membeli-belah yang luar biasa lagi menyeronokkan untuk semua rakyat Malaysia.
Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Zalora Malaysia, Leow Wee Jonn
Groupon Malaysia adalah portal terbaik yang menawarkan perkhidmatan membelibelah dan menyediakan barangan harian terpilih bukan sahaja untuk dilihat, dimakan mahupun dibeli tetapi menyediakannya dengan penjimatan membeli-belah dari 50 hingga 90 peratus berbanding penawaran harga biasa.
Syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang ini menjual lebih 7,000 kupon dalam tempoh 10 hari pertama pelancaran rasmi syarikat di Malaysia.
Sejak kami memulakan operasi pada awal 2011, Groupon Malaysia telah berkembang menjadi syarikat nombor satu di Malaysia yang berjaya dalam jualan kupon atas talian di negara ini.
Apa yang kami perhatikan, pelanggan inginkan kupon yang boleh menyediakan bukan setakat produk dan perkhidmatan yang bagus tetapi bersama harga yang munasabah, bernilai tinggi dan berkualiti.
Di Pulau Pinang, Groupon telah beroperasi sejak 18 Julai 2011 dan pelanggan telah mendapat banyak kelebihan terutama penjimatan sehingga 90 peratus berbanding harga runcit di pasaran
Fenomena Groupon telah menjadi satu kejayaan yang menakjubkan di seluruh dunia. Kuasa pemasaran sosial kini medan pemasaran jualan yang pantas dan menjadi saluran utama bagi e-dagang di seluruh dunia.
Tambahan pula, ramai peniaga mengintegrasikan konsep pemasaran ini ke dalam model perniagaan mereka.
Groupon pada asalnya diasaskan di Chicago pada November 2008 dan berkembang ke lebih 45 negara, 500 pasaran secara global dan mendapat sambutan lebih 83 juta pengguna.
Good Info.. Thanks admin.. Lagi satu tip membeli-belah secara online adalah dengan melihat testimoni gambar atau maklumat pelanggan jika ada...
ReplyDeleteBiz Online: Kaut Keuntungan 100% Dengan Modal $0.00 Untuk Produk Perniagaan Internet
Kedai Online: Malaysia Online Shop | Casio Watches | Ray Ban Sunglasses
Rumah Lelong: Rumah Murah Untuk Dilelong