
ALINAH memulakan tugas sebagai Datuk
Bandar Petaling Jaya selepas majlis penyerahan nota tugasan di Ibu
Pejabat MBPJ di Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA - Datuk bandar wanita pertama di Malaysia, Datin Paduka Alinah Ahmad berjanji akan bekerja keras mengemudi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
"Saya ibarat mewakili semua wanita. Semua tertumpu pada saya sama ada saya boleh jalankan tanggungjawab ini atau tidak, tapi saya akan bekerja keras kalau lelaki kerja sekali, saya kena kerja dua kali," katanya selepas majlis penyerahan nota tugasan sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya di sini semalam.
Pelantikan Alinah yang berusia 64 tahun itu berkuat kuasa sejak kelmarin.
Beliau menggantikan Datuk Roslan Sakiman yang kini dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri pada 1 Oktober lalu.
Pada majlis ringkas yang diadakan diDewan Bunga Tanjung, MBPJ itu, Roslan diwakili oleh Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Puasa Md. Taib dan turut dihadiri Timbalan Setiausaha MBPJ, Ahmat Mohaayen Said.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: