Thursday, January 3, 2013

10,000 sirip ikan jerung dijemur



LEBIH 10,000 sirip ikan jerung dijemur di atas bumbung sebuah kilang di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Lebih 10,000 sirip ikan jerung dijemur di atas bumbung sebuah kilang memproses hidupan laut di sini semalam.
Sirip ikan jerung itu dihantar ke kilang tersebut dari sebuah lokasi yang tidak didedahkan.
Harga untuk setiap 453.59 gram sirip itu ialah antara AS$369 (RM1,120) hingga AS$459 (RM1,393) di sini.


GAMBAR dari jarak dekat menunjukkan sirip ikan tersebut yang dijemur.


Sirip itu dijadikan sup yang dijual di restoran mewah.
Ia juga dijual di kedai-kedai ubat Cina yang dipercayai boleh meningkatkan kualiti kulit, menguatkan tenaga batin, mengelak terkena sakit jantung dan merendahkan paras kolesterol.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: