BINTANG Hollywood, Tom Cruise tidak berhasrat untuk menambah bilangan anak bersama isterinya iaitu Katie Holmes sebaliknya ingin memberi tumpuan kepada anak mereka iaitu Suri, yang berusia enam tahun.
Tom berkata, dia gembira dengan kehadiran Suri dan dua orang lagi anaknya bersama bekas isterinya, pelakon Nicole Kidman iaitu Bella, 19 dan Connor, 17.
"Saya sangat gembira dengan kehadiran ketiga-tiga mereka dan menikmati setiap detik bersama Suri dan anak-anak yang lain," ujarnya.
Aktor yang berusia 50 tahun itu berkata, bagi menghargai keluarganya, dia berhasrat untuk mengadakan sebuah majlis di Islandia, New York, Amerika Syarikat bagi membolehkan mereka berkumpul bersama-sama.
Tom memberitahu, dia kebetulan akan melakukan penggambaran filem terbarunya berjudul Oblivion di tempat tersebut dan ingin meluangkan masa bersama mereka.
"Walaupun terpaksa bekerja tetapi masa bersama keluarga perlu diutamakan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: