Wednesday, June 20, 2012

Pesawat komersial guna bahan api bio rentas Atlantik


BEBERAPA pegawai berdiri di hadapan sebuah pesawat bahan api bio milik KLM Royal Dutch Airlines yang bersedia untuk berlepas.


AMSTERDAM - Sebuah syarikat penerbangan Belanda, KLM Royal Dutch akan melakukan penerbangan paling jauh dengan menggunakan bahan api bio.

Penerbangan KLM KL705 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol di sini semalam.

Pesawat berkenaan akan terbang merentasi lautan Atlantik sejauh lebih 9,000 kilometer menuju ke bandar raya Rio de Janeiro di Brazil.

Percubaan tersebut dipercayai merupakan penerbangan bahan api bio paling jauh di dunia.

Penerbangan tersebut dibuat sempena Sidang Kemuncak Rio mengenai pembangunan mapan yang berlangsung hari ini hingga 22 Jun depan.

Bahan api bio merupakan sumber tenaga yang diperbuat daripada tumbuhan atau minyak sayur termasuk minyak masak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: