KUALA KRAI – Penduduk merayu supaya sebuah zoo mini di sini yang ditutup sejak lima tahun lalu dibuka semula kerana ia mampu menjadi tarikan pelancongan, sekali gus menaik taraf bandar ini.
Zoo seluas 4 hektar yang menempatkan haiwan liar seperti gajah, harimau dan badak sumbu itu pernah beroperasi selama dua dekad iaitu mulai tahun 1986 sebelum ditutup dan diganti dengan taman burung pada 2007.
Bagaimanapun, taman burung itu yang difahamkan dikendalikan oleh Majlis Daerah Kuala Krai, akhirnya ditutup dua tahun lalu ekoran kos perbelanjaan makanan haiwan yang tinggi.
Seorang peniaga di kawasan itu, Tuan Zamilah Tuan Zawawi, 38, berkata, sejak zoo tersebut ditutup, kedai makan milik keluarganya juga terkena tempias kerana pelanggan semakin berkurangan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: