Monday, June 4, 2012

23 nelayan pukat bilis nyaris maut bot terbakar


BOT pukat ikan bilis hangus dijilat api kira-kira lima batu nautika dari Jeti Tanjong Dawai, Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI - Seramai 23 orang nelayan melalui detik cemas apabila bot pukat ikan bilis yang mereka naiki terbakar ketika dalam perjalanan ke perairan Pulau Payar, Langkawi dekat sini semalam.

Kejadian yang berlaku di Pintu Kuala atau lima batu nautika dari Jeti Tanjong Dawai di sini kira-kira pukul 8 pagi itu telah menyebabkan semua 23 orang nelayan terbabit terpaksa terjun ke laut untuk menyelamatkan diri.

Kejadian yang melibatkan bot berpendaftaran KHF 874 itu berlaku selepas kira-kira 30 minit mereka berlepas dari jeti tersebut.

Semua 23 nelayan terbabit kemudiannya diselamatkan oleh sebuah bot lain yang ketika itu sedang belayar di belakang bot berkenaan. Tiga daripada nelayan terbabit hanya mengalami cedera ringan.

Menurut seorang awak-awak, Roslan Ar- shad, 42, ketika kejadian dia bersama tiga rakan berada tidak jauh daripada bahagian enjin bot sebelum terhidu bau asap dari arah enjin yang menyebabkan mereka berasa lemas dan sesak nafas.

"Saya bersama seorang rakan kemudian menjerit minta awak-awak lain lari ke bahagian depan bot setelah melihat kepulan asap hitam," katanya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: