Thursday, June 14, 2012

Manjakan diri di Arowana Beauty Spa

Keselesaan pengunjung menjadi keutamaan dalam setiap rawatan spa yang dilakukan.

SETELAH penat melakukan aktiviti seharian, pasti sesekali terasa ingin memanjakan diri di spa pada hujung minggu.

Spa yang ingin dikunjungi pula tidak semesti yang mahal dan mewah, sebaliknya memadai yang sederhana tetapi mampu memberi kepuasan dan perkhidmatan yang ditawarkan berpatutan serta berbaloi.

Menyedari setiap wanita berhak mendapat peluang rawatan di spa, Arowana Beauty Spa telah menawarkan pelbagai pakej rawatan yang berkesan dengan harga berpatutan kepada pelanggannya.

Pemiliknya, Nurhazwani Mohd. Hassan, 26, berkata, spa yang beroperasi selama setahun lebih bukan hanya dikunjungi oleh wanita muslimah sahaja.

"Sepanjang perniagaan dijalankan, sambutan dan kunjungan adalah dari masyarakat yang berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur," katanya.

Tambahnya, konsep spa yang digunakan lebih mengutamakan suasana santai dan relak supaya pengunjung yang datang ke sini rasa selesa dan tenang.

Selain itu, dia juga tidak menggunakan elemen tradisional dan moden seperti kebiasaan spa lain, sebaliknya memilih dekorasi berkonsep Oriental.

"Faktor dekorasi ini antara tarikan yang menyebabkan ramai pelanggan dari kaum Cina datang untuk mendapatkan khidmat rawatan," katanya.

Menurut Nurhazwani, selain perkhidmatan dan kepuasan pelanggan yang menjadi keutamaan, harga yang ditawarkan di sini juga berpatutan dan mampu dikunjungi oleh semua wanita.

"Harga yang ditawarkan di sini serendah RM20 hingga mencecah RM150 dan terdapat juga tawaran harga rendah untuk pakej tertentu.

"Pakej berharga RM68 paling mendapat sambutan pada masa ini yang merangkumi empat rawatan dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Rawatan ini terdiri dari urutan aroma terapi, urutan kepala dan leher, urutan muka dan rawatan kuku," katanya.

Selain itu menurut Nurhazwani, rawatan kecantikan menggunakan vitamin C juga turut mendapat sambutan daripada pelanggan.

Rawatan ini bertujuan memutihkan, menegangkan kembali kulit muka dalam masa yang singkat tanpa pelanggan rasa was-was untuk produk yang digunakan.

Untuk bakal pengantin pula disediaran pakej rawatan yang merangkumi enam rawatan khusus iaitu sauna , skrub muka, lulur, aroma terapi, rawatan ketenangan dan rambut.

"Harga keseluruhan untuk pakej ini ialah RM199. Ia hanya dilakukan dalam masa empat jam pasti memberi kepuasan kepada pelanggan," katanya.

Sebarang maklumat lanjut boleh berkunjung ke Arowana Beauty Spa, di Melawati Square, Taman Melawati Kuala Lumpur atau hubungi 019-22268325.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: