Saturday, June 16, 2012

Kumpul mainan untuk amal

Program mengumpul mainan untuk didermakan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan mendapat sambutan menggalakkan.

LEBIH 300 mainan berjaya dikumpul dari tadika-tadika seluruh negara untuk rumah amal semasa kempen kutipan mainan bertemakan Jake and the Never Land Pirates, baru-baru ini.

Selain dilihat membuat amal jariah, kanak-kanak tadika ini turut mempelajari sifat-sifat pemurah semasa Jake‘s Treasure Chest Toy Drive iaitu acara sosial yang ditujukan kepada Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR).

Sepanjang April lalu, kanak-kanak dari beberapa tadika telah menjalankan kutipan mainan lama yang masih berkeadaan baik untuk didermakan kepada Jake‘s Treasure Chest.

Selama tempoh tersebut, mainan yang berjaya dikumpulkan akan diberikan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik atau dijual di kedai amal RACTAR untuk menjana dana bagi menampung pembelanjaan sekolah, makanan, pakaian dan barangan harian kanak-kanak tersebut.

Jake‘s Treasure Chest Toy Drive merupakan sebahagian daripada kempen Disney Junior yang berterusan untuk menarik perhatian peminat rancangan Jake and the Never Land Pirates dengan membawa pengembaraan Jake dan krew lanunnya ke 250 buah tadika seluruh negara.

Semasa kempen tersebut berlangsung pelbagai aktiviti dan permainan diadakan seperti nyanyian dan tarian lagu lanun serta sesi bercerita yang interaktif dan mengasyikkan.

Ia mengajar mereka tentang kerja berpasukan dan cara menyelesaikan masalah seperti yang dilakukan oleh Jake dan kawan-kawannya.

Untuk pengetahuan bersama Jake and the Never Land Pirates ialah kartun yang mengisahkan pencarian harta karun interaktif sambil dipenuhi muzik yang diketuai Jake dan rakannya Izzy dan Cubby.

Setiap episod menjejaki pengembaraan Never Land mereka di mana mereka berusaha untuk mengatasi dua watak jahat, Captain Hook dan Smee dari siri klasik Disney, Peter Pan.

Ikuti pasukan ini dalam pelayaran mereka yang hebat dalam kapal Bucky, meninggalkan tempat persembunyian mereka di Pirate Island untuk mencari harta karun.

Mesej yang dibawa adalah kerja berpasukan, cara menyelesaikan masalah dan pelbagai aktiviti fizikal ketika Jake dan kawan-kawannya berusaha untuk memenangi semula harta mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: