Saturday, June 16, 2012

Istimewa buat ayah

Kandungan produk hamper yang berkualiti dan terpilih.

ALAMAK nak bagi apa ye dekat papa sempena Hari Bapa ni? Apa hadiah yang sesuai untuk diberikan kepadanya. Lagipun aku bukannya arif sangat mengenai barangan lelaki."

Ini adalah antara situasi yang sering terjadi kepada mana-mana individu yang bingung memikirkan pemberian istimewa untuk dihadiahkan kepada bapa atau suami apabila tibanya hari-hari memperingati seperti hari ulang tahun kelahiran, hari ulang tahun perkahwinan ataupun Hari Bapa.

Sekiranya anda mengalami masalah seperti ini, apa kata serahkan segalanya kepada pakar kerana mereka lebih arif mengenainya.

Apa yang perlu anda lakukan cuma sediakan bajet dan segala-galanya akan diuruskan daripada A hingga Z.

Untuk itu, Floratika Gift & Hamper, turut menyediakan perkhidmatan hamper untuk diberikan kepada yang tersayang.

Mengetengahkan kreativiti melalui rekaan, yang pasti setiap hamper yang dikeluarkan Floratika Gift & Hamper mampu menggembirakan sesiapa sahaja yang menerimanya.

Justeru itu, sempena Hari Bapa yang akan disambut Ahad ini (17 Jun), Floratika gift & hamper ada menyediakan pelbagai jenis hamper untuk dijadikan pemberian kepada suami atau bapa tersayang.

Menurut pemiliknya, Sukma Mohd. Suki, 42, Hari Bapa tidak kurang pentingnya malah ia juga antara hari istimewa yang mencatat sejarah sebagai hari mengenang jasa bapa.

Tambahnya lagi, pada hari itu, sekiranya tiada hadiah mahal memadailah dengan pemberian seadanya bagi mengingati pengorbanan mereka.

Untuk itu, katanya lagi, pihaknya ada menyediakan pelbagai jenis hamper dengan harga yang berpatutan untuk dijadikan hadiah.

“Masyarakat hari ini terutama sekali anak-anak sudah semakin mengambil berat akan hari-hari memperingati seperti hari ibu dan juga hari bapa.

“Jadi, kami di Floratika Gift & Hamper akan memudahkan lagi mereka ini dalam pemilihan hadiah.

“Secara tidak langsung kerja-kerja pembelian, pemilihan, pembungkusan serta penghantaran dapat diselesaikan serentak," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaanya yang terletak di Ukay Perdana 3, Ampang, Selangor.

Berbicara lanjut mengenai perniagaannya itu, ulas Sukma, ia telah diusahakan sejak 2004.

Malah syarikatnya tidak hanya terhad mengeluarkan hamper sempena musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Krismas. hari-hari memperingati yang lain turut disediakan hamper termasuklah majlis-majlis keraian seperti majlis cukur jambul, sambutan hari jadi dan sebagainya.

Sememangnya dikurniakan dengan daya pemikiran yang kreatif, apa yang dilakukan Sukma adalah berdasarkan minat.

Maka tidak hairanlah sekiranya Sukma mampu mengekspresikan segala kreativitinya melalui gubahan hamper yang dihasilkan.

Yang jelas setiap hamper yang dihasilkan mempunyai keunikan tersendiri.

Ini diakui sendiri Sukma kerana setiap hamper yang dihasilkan adalah mengikut cita rasa serta permintaan para pelanggannya.

“Insya-Allah setiap hamper yang dihasilkan tidak meniru mana-mana gubahan lain dan ia sememangnya dihasilkan daripada idea sendiri," katanya lagi.

Boleh diperoleh pada harga serendah RM80 hingga RM2,500, setiap hamper yang dihasilkan juga diperbuat dan dipenuhi dengan barangan yang berkualiti.

Cukup menjaga kualiti produk keluarannya, Sukma memberitahu kebanyakan isi dalaman (hadiah) untuk pembuatan hampernya merupakan barangan tempatan tetapi bermutu tinggi.

Manakala bakul, kotak, raga ataupun tempat untuk meletakkan barangan hamper kebanyakan diperoleh dari negara luar seperti Vietnam, China dan Bali.

Kuala Kangsar, Perak, Melaka dan Terengganu pula adalah antara destinasi pilihan dalam negara untuk Sukma mendapatkan barangan tradisional seperti bakul mengkuang, kotak kayu dan sebagainya.

Membicarakan pula cara penghantaran, Sukma menjelaskan pihaknya turut menyediakan perkhidmatan tersebut ke seluruh Malaysia.

Jadi bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari blog hadiahshoppe.blogspot.com ataupun Facebook floratika.hamper. Ia juga boleh dihubungi di talian 019-7916177.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: