DALAM kebanjiran penyanyi dan band baru, Cik Normah dengar ramai 'orang lama' yang nak buat kemunculan semula. Sebenarnya, sebelum ini pun sudah ramai penggiat seni yang popular pada zaman Cik Normah muda remaja dulu mendapat tempat kembali.
Contohnya, kumpulan AXL yang menyerlah dengan lagu Akulah Kekasihmu. Bukan setakat pendengar lingkungan usia 30-an ke atas yang meminati nyanyian mereka, golongan muda pun berebut menjadikan lagu itu pilihan setiap kali berkaraoke.
Baguslah kalau punya semangat macam tu sebab berani mempertaruhkan bakat dalam arus perdana semula walaupun penyanyi baru tumbuh macam cendawan lepas hujan.
Kalau dicongak, sekarang umur Maman yang juga kelahiran Singapura itu sudah pun mencecah 40-an dan rasanya peminat yang dulu membesar dengan lagunya pun masih ingat dendangannya termasuk dua lagu Inggeris, I Wrote This Song dan Without You yang dimuatkan dalam album solonya lebih sedekad dulu.
Rasanya sekitar 2009, bapa kepada cahaya mata yang sudah meningkat remaja itu juga pernah menghasilkan album baru. Kalau tak silap berjudul Hijrah. Tak tau pula sambutan terhadap album terbabit.
Agaknya kemunculan Maman sekarang bersama imej baru atau masih dengan gaya lama ketika bersama Teacher’s Pet dulu? Apa pun Cik Normah yang pernah mengikuti zaman kemuncaknya tak sabar nak mendengar dendangannya secara live. Maklumlah, dapat mengimbas nostalgia lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: