PETALING JAYA: Pelakon Shahrizal Jaszle terkejut dengan tuduhan dan khabar angin kononnya dia mempunyai hubungan dengan aktres Fiza (Elite) yang terjalin sewaktu mereka mengadakan penggambaran drama Atas Nama Cinta di Perth, Australia.
Sharizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shahz Jaszle berkata, dia mengenali Fiza hanya sebagai kawan termasuklah pelakon-pelakon lain yang terlibat dalam drama tersebut seperti Tasha Shila, Aida Aris dan Shah Iskandar
"Tak mungkin saya mempunyai hubungan dengan Fiza. Kenapa tidak timbul pula gosip saya dengan pelakon-pelakon lain yang turut berada di Perth dan kenapa dia (Fiza)?
"Fiza sendiri terkejut dengan tuduhan itu kerana dia pun tahu bagaimana keadaan saya yang selalu berhubung dengan kekasih saya, Miera Liyana menerusi SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) setiap masa," tegasnya.
Shahrizal diminta mengulas khabar angin kononnya dia menjalinkan hubungan cinta lokasi dengan Fiza ketika penggambaran drama Atas Nama Cinta terbitan Zeel Production di Australia pada awal Januari lalu.
Pelakon Azura 2012 itu sebelum ini pernah bercinta dengan Maria Farida.
Tambah Shahrizal lagi, kerana khabar angin itu, hubungannya dengan Miera sedikit terjejas namun dia telah membuat penjelasan sebenar kepada kekasihnya itu mengenai dakwaan yang diperkatakan.
Sementara itu, Shahrizal mengakui tidak boleh bersendirian sebaliknya memerlukan seorang teman di sisi dan sering berbalas SMS dengan Miera setiap kali berjauhan.
"Saya seorang yang tidak tenang jika tiada kekasih di sisi. Bagi saya, kekasih itu adalah sumber inspirasi dan tulang belakang untuk saya menjalani kehidupan seharian.
"Tetapi saya bukannya jenis yang suka melepak. Hidup saya agak bosan sedikit kut, kerana saya banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan kekasih selain suka duduk di rumah jika tiada penggambaran,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain dia turut menafikan tuduhan sering menimbulkan masalah ketika mengadakan penggambaran drama Atas Nama Cinta.
Katanya sepanjang dua minggu berada di Australia, dia sangat komited dalam hal masa yang ditetapkan oleh pihak produksinya.
"Setakat ini, selain memberikan yang terbaik dalam lakonan, saya juga menepati masa sepanjang berada di sana.
"Malah saya anggap produksi tersebut sebagai 'ibu' kerana menjaga saya dengan begitu baik sekali," katanya.
Atas Nama Cinta bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam di TV3 bermula 13 Februari 2012.
macam sweet jer.. hehehehe.. tahniah!!
ReplyDeletehttp://apitt-foto.blogspot.com