RAJENDRAN diusung masuk ke dalam pesawat Fennec milik TLDM untuk penerbangan ihsan dari Markas TLDM Lumut ke PPUM.
K Rajendran, 51, mulanya dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM) oleh jiran selepas diserang dengan senjata tajam oleh suspek yang dipercayai ada hubungan kekeluargaan dengan mangsa dalam kejadian jam 7.30 pagi, tetapi doktor tidak dapat menyambung tangannya, sebaliknya meminta bantuan TLDM untuk menerbangkan mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di ibu negara untuk rawatan.
"Kita sudah mengenal pasti suspek dan sedang mengesan mereka, tetapi setakat ini (malam tadi) polis belum menerima laporan daripada mana-mana ahli keluarga mangsa mengenai kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Markas Armada TLDM Lumut, Leftenan Komander Noorlida Rahaman, berkata TLDM melakukan penerbangan ihsan selepas doktor memaklumkan mangsa parah akibat putus pergelangan tangan kiri dan perlu disambung dalam masa tiga jam.
“Pesakit diiringi Pegawai Perubatan HSM, Dr S Basumathy diterbangkan dari tapak penerbangan TLDM KD Rajawali dan tiba di PPUM kira-kira 50 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan.
Pesawat Fennec itu diterbangkan oleh Komander Khalid Md Lepi dengan dibantu Leftenan Komander Zunairi Abu Bakar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: