PASIR PUTEH – Tidak kurang 20 bot nelayan asing terutamanya dari Vietnam kini dikesan berlegar-legar di perairan antarabangsa untuk mencari kesempatan menceroboh perairan Malaysia bagi menangkap sotong dalam memenuhi permintaan tinggi di negara mereka.
Komander Maritim Malaysia (APMM) Tok Bali, Zainin Abdul Majid berkata, perkara itu dikesan hasil pemantauan pihaknya menerusi Ops Perkasa Timur.
“Bot-bot nelayan asing sedang berlegar-legar di perairan antarabangsa dan akan memasuki perairan negara pada bila-bila masa menggunakan pelbagai kaedah menangkap sotong sama ada dengan cara memasang bubu, memukat atau mencandat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tegasnya, APMM sentiasa memusatkan pemantauan khusus di sempadan perairan negara sepanjang musim sotong selepas berakhirnya keadaan laut bergelora.
Beliau berkata, penguatkuasaan perlu ditingkatkan bagi memastikan khazanah laut negara tidak dicuri oleh nelayan asing sewenang- wenangnya sehingga menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: