JERANTUT – Kasih sayang tidak kesampaian.Hasrat seorang peneroka untuk memberi makanan kepada seekor beruang betina bunting yang kelaparan di ladang sawit Felda Kota Gelanggi 2 di sini tidak kesampaian apabila haiwan itu ditemui mati petang kelmarin.
Peneroka tersebut, Baba Madon, 65, berkata, dia sedih kerana beruang matahari itu mati dipercayai kerana kelaparan ekoran kekurangan makanan.
“Saya sudah menyediakan setandan pisang untuk diletakkan di tepi ladang memandangkan beruang itu seolah-olah lapar dan tidak mampu bergerak pantas ketika terserempak dengan kami baru-baru ini.
“Walaupun ia boleh mengancam manusia jika diganggu, saya tetap membawakan makanan kerana kasihan melihat keadaannya yang lemah,” katanya di sini semalam.
Kosmo! baru-baru ini melaporkan, Baba dan rakannya, Shaharuddin Shamsuddin, 40, terserempak dengan dua ekor beruang berkeliaran di kawasan ladang tersebut semasa mereka mengutip kelapa sawit.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: