Wednesday, January 11, 2012

Terbujur kaku kena tembak


ANGGOTA polis memeriksa mayat Seng Seong berhampiran Plaza Sentosa, Taman Sentosa Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Baru seminggu lalu, seorang lelaki maut selepas ditembak di sebuah restoran di Skudai, semalam kejadian kejam berulang lagi apabila seorang lagi lelaki ditemui mati terbujur dengan kesan tembakan di bahu kiri di luar Plaza Sentosa di Taman Sentosa di sini.

Dalam kejadian terbaharu pada pukul 7.50 pagi itu, Koh Seng Seong, 26, dipercayai dibunuh oleh seorang lelaki selepas dia bergaduh dengan suspek itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, mangsa semasa ditemui sudah tidak bernyawa akibat terkena satu das tembakan di bahu kiri.

"Polis masih menyiasat motif pembunuhan sebenar mangsa dan sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar Plaza Sentosa," kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: