Sunday, January 29, 2012

Penduduk gembira SKMK sambung operasi


SEBAHAGIAN penumpang menggunakan perkhidmatan bas SKMK di Stesen Bas Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Penyambungan semula perkhidmatan di semua laluan bas henti-henti yang dikendalikan oleh pengendali bas Cityliner, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Berhad (SKMK) sejak Rabu lalu memberi kelegaan kepada ramai pengguna di negeri ini.

Tinjauan di stesen bas utama dan beberapa kawasan di sekitar Kota Bharu mendapati pengguna menggunakan perkhidmatan bas henti-henti seperti biasa.

Salah seorang daripadanya, Azimah Dollah, 29, yang berasal dari Kampung Teluk Kintan berkata, penyambungan semula perkhidmatan itu memudahkan orang ramai.

"Saya harap ia berterusan kerana jika perkhidmatan ini tiada, ia menyusahkan pengguna untuk ke bandar atau pun mana-mana destinasi.

"Kalau naik bas tambangnya RM2.20 tapi kalau naik kereta sewa atau teksi tambangnya kadang-kadang boleh melebihi RM2.50," ujarnya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: