Wednesday, January 11, 2012

Dua tahun menunggu ganjaran dijanjikan penganjur Ratu cantik kempunan hadiah bernilai RM260,000


SHEELA menunjukkan laporan polis dan gambarnya semasa memenangi pertandingan ratu cantik di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang ratu cantik merasa tertipu kerana masih belum mendapat hadiah kemenangan yang dijanjikan berjumlah RM260,000 walaupun selepas dua tahun pertandingan itu diadakan.

Mangsa, Sheela Elvis Suntharesh, 29, berkata, dia yang mewakili Negeri Sembilan ketika itu berjaya mengalahkan 13 peserta lain dari seluruh negara dalam pertandingan untuk wanita yang sudah berumahtangga itu.

Malangnya, ujarnya, gelaran Mrs. Beauty Malaysia 2010 yang diraihnya seakan-akan tiada makna kerana pihak penganjur didakwanya masih belum memberi hadiah yang dijanjikan.

“Saya sepatutnya mendapat wang tunai sebanyak RM10,000 selain dianugerahkan mahkota berlian bernilai RM250,000 dan pakaian berikutan dipilih sebagai pemenang pertandingan.

“Selain itu, pihak penganjur mengatakan saya akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Mrs. Beauty 2010 peringkat dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat,” katanya di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Jelasnya, syarikat penganjur yang beroperasi di Shah Alam berjanji kesemua ganjaran tersebut akan diberi kepadanya selepas setahun dari tarikh kemenangannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: