|
MELIHAT wanita cantik itu lengkap berhias, dipadan dengan gaun berwarna merah jambu manis berenda di bahagian atas, sekuntum senyuman bibir bak kelopak bunga mawar, pasti semua yang melihat tertawan. Si pemakainya yang juga ratu cantik, model, usahawan dan kini bergelar duta rangkaian kosmetik Avon terbaharu, Neefola kelihatan lebih sempurna dan menawan dengan bibir merah.
Wanita yang baru berusia 22 tahun itu mengakui beliau berterima kasih kepada produk rangkaian gincu terbaharu Avon, Ultra Moisture Rich Rose (UMR).
“Dengan hanya satu sapuan UMR Rose Lipstick, gincu yang mengandungi ekstrak mawar dan minyak badam memberikan bibir yang gebu dan lembap,” ujarya yang turut gembira dengan pemilihan dirinya selaku duta rangkaian kosmetik Avon.
Seiring dengan bekas duta Avon seperti Erra Fazira dan Nasha Aziz, Neelofa memberitahu, dia mengenali jenama produk kosmetik itu sejak kecil lagi.
“Namun, saya mula menggunakan produk jenama Avon selepas diperkenalkan oleh adik saya. Saya menggunakan kosmetik Avon seperti pembaris mata, maskara, pemerah pipi dan gincu,” katanya.
Menurut statistik daripada Avon, gincu syarikat itu terjual sebanyak empat unit bagi setiap saat. Ujar Neelofa, kepelbagaian warna, harga dan kualiti menjadikan ia sebagai pilihan.
“Sebagai duta, saya mengalu-alukan remaja dan pelanggan muda untuk berhias diri agar sentiasa cantik dan berseri. Ia bukan bermakna mereka harus bersolek setiap masa tetapi, mencantikkan diri secara ringkas adalah perlu untuk kelihatan lebih yakin dan elegan,” katanya lagi.
Gincu UMR daripada Avon, boleh didapati dalam 10 warna menawan iaitu blushing bride rose, rosabella rose, amelia rose, passionate kiss rose, jubilee rose, royal celebration rose, apricot nectar rose, french lace rose, anne’s signature red dan amour rose.
Magis fantasi bersama Scha
Selain itu, pada Majlis Anugerah Avon tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur, turut diadakan acara pelancaran haruman Avon dengan penuh gimik.
Saat majlis berlangsung, lampu tiba-tiba dipadamkan dan hanya bau haruman mengasyikkan memenuhi ruang dewan.
Ia adalah sebahagian daripada kejutan Avon memperkenal wangian terbaharu daripada koleksi Eternal Migic iaitu Eternal Magic Enchanted yang dibawa dengan penuh glamor.
Memilih Scha Al Yahya sebagai duta haruman, dia dibawa ke pentas ala puteri dikelilingi pari-pari.
Scha ketika ditemui, memberitahu amat berbesar hati menjadi duta Avon bersama-sama Neelofa, apatah lagi dia sememangnya sinonim dengan wangian Avon sejak sekian lam.
Katanya lagi, kemewahan wangian Eternal Magic Enchanted dapat dirasai daripada sentuhan kayuan cashmere, vanila berkrim dan kasturi yang menjadi asas aura misteri wangian itu.
Didatangkan dalam botol kaca unik dengan penutup gelung lutsinar melambangkan kebebasan sejati, Eternal Magic Anchanted akan berada di pasaran mulai Mac 2012 pada harga RM69.00.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: