Sunday, January 29, 2012

Chae Young padam status Twitter


HAN CHAE YOUNG


KES komen dan status yang tidak sepatutnya dikongsikan kepada umum di laman Twitter semakin menjadi-jadi dalam kalangan artis di seluruh dunia.

Kes terkini melibatkan seorang pelakon Korea Selatan, Han Chae Young yang menghantar satu ucapan Tahun Baru Cina kepada peminatnya. Status itu kemudian terpaksa dipadamkan selepas dikecam peminatnya.

Kandungan Twitter itu berbunyi: "Selamat Tahun Baharu! Saya sedang memandu buat pertama kalinya ketika cuti hujung minggu. Saya berdoa agar setiap orang dirahmati dalam apa jua yang dilakukan pada tahun ini. Selalu ingat untuk menjadi lebih gembira dan sihat."

Sepintas lalu, status tersebut tidak sedikit pun mengundang masalah atau menimbulkan kemarahan bahkan ramai yang menyambut baik ucapan itu.

Malangnya, sekeping gambar yang dimuat naik bersama status tersebut telah mengundang kontroversi dan kritikan.

Bersama 'tweet' tersebut, pelakon filem Soul Mates itu memuat naik gambar yang memaparkan dia sedang memandu sebuah kereta mewah yang kelihatan seperti sebuah kereta Lamborghini.

Dia memadamkan status tersebut kerana banyak kritikan mengenai kereta mewah tersebut sehingga membuat Chae Young berasa sedikit tertekan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: