KUCHING:Pengacara Aznil Nawawi terpaksa menggunakan tongkat dan kerusi roda untuk ke Sarawak kerana kaki kanannya terseliuh dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat lalu.
Aznil yang ditugaskan untuk menjadi juri program realiti On Air terbitan Astro di sini berkata, sebelum berlepas dia singgah di sebuah bilik air terlebih dahulu.
Bagaimanapun secara tidak sengaja dia tersalah langkah membuatkan kakinya terseliuh sehingga sukar untuk bergerak.
"Saya benasib baik apabila pihak keselamatan lapangan terbang menyediakan kerusi roda untuk memudahkan saya bergerak ke pesawat," katanya kepada mStar Online ketika ditemui semasa uji bakat program On Air di Hotel Merdeka Palace di sini, Sabtu.
Kata Aznil, semasa dalam pesawat ramai peminatnya terkejut apabila melihat keadaanya itu.
Aznil memberitahu dia tidak sempat berjumpa doktor kerana terpaksa memberi tumpuan kepada uji bakat yang di adakan selama dua hari bermula Sabtu.
"Saya akan berjumpa doktor selepas habis uji bakat. Walaupun kaki saya berdenyut-denyut tetapi saya dapat laksanakan juga tanggungjawab saya ini," katanya.
Jelas Aznil, buat masa ini dia menggunakan ubat tahan sakit.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: