Monday, January 30, 2012

Evolusi jeans skinny lelaki


JEAN skinny tampak menyerlah pada lelaki bertubuh tinggi dengan potongan badan sederhana.


SEBILANGAN kita mungkin berpendapat bahawa jean skinny adalah untuk golongan wanita sahaja, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini ia muncul sebagai salah satu pilihan fesyen lelaki.

Pada tahun 2012 , jean skinny masih popular dan dianggap cool, fashionable & hip terutamanya dalam kalangan remaja. Legenda rock Barat seperti Jim Morrisons, Rolling Stones, The Beatles dan ramai lagi menggemari trend ini.

Setiap era mempunyai aliran fesyen tersendiri, kini jean skinny kembali. Ia lazimnya dikaitkan dengan mereka yang menjadi pengikut ataupun penggemar aliran muzik pelbagai genre seperti rock dan k-pop. Lihat saja pemuzik antarabangsa seperti Adam Levine, Coldplay, My Chemical Romance dan ramai lagi yang begitu selesa dan stylish memakai jean skinny ketika beraksi di atas pentas.

Tip memilih dan menggayakan Skinny jeans:

n Pastikan anda membeli jean skinny yang potongannya dibuat khas untuk lelaki. Potongan tubuh lelaki berbeza dengan wanita dan jika anda memakai dan menggayakan jean yang sedikit ketat daripda biasa, perlu pastikan juga ada ruang yang cukup, supaya lebih selesa dan tidak menyakiti tempat-tempat tertentu.

n Saiz. Pastikan ia tidak terlalu ketat hingga boleh membuatkan seluar terkoyak ketika anda duduk. Pilihlah jean skinny yang selesa dan selamat dipakai.

n Potongan. Untuk kelihatan bergaya sealiran trend antarabangsa pilihlan jean skinny dengan potongan garis pinggang yang rendah, tetapi jangan terlalu rendah.

n Warna. Lelaki akan memilih warna-warna maskulin apabila digayakan seperti rona kehitaman, kebiruan dan mungkin perang bagi mereka yang berani bereksperimentasi.


PILIH saiz yang sesuai dan elakkan memakai jean skinny yang terlalu ketat.


n Kasut. Elakkan memakai but atau high shoes yang dipadankan dengan jean skinny. Low-top-sneakers dan jenama kasut seperti Converse dan Vans cukup menarik dipadankan dengan jean skinny. Terpulang pada anda untuk memilih mana yang berkenan di hati.

n Jika anda mahu kelihatan sedikit dressy, pastikan anda memilih jean skinny warna gelap yang dipadankan dengan kemeja yang menarik. Pilihan kasut pula adalah sepasang kasut tenis potongan low top yang bersih dan tidak bercalar (unscuffed) atau boleh juga digayakan dengan kasut formal mahupun moccasins.

n Pastikan stoking anda tidak kelihatan apabila anda memakai jean skinny. Ia nampak janggal jika kelihatan.

n Perlu diingat bukan semua potongan badan dan ketinggian boleh menggayakan jean skinny. Jika tidak kena gaya mungkin anda akan dilabelkan sebagai mangsa fesyen.

n Gayakan jean skinny anda dengan penuh keyakinan dan attitude. Pasti gaya individualiti anda lebih terserlah dengan penampilan anda ini. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: