Tuesday, January 31, 2012

Jual sejuta unit

LASAK...Hurul Ain menunjukkan Intellinus Classmate PC yang masih berfungsi walaupun skrinnya pecah.
LASAK...Hurul Ain menunjukkan Intellinus Classmate PC yang masih berfungsi walaupun skrinnya pecah.

INTELLINUS Sdn Bhd (Intellinus), pengeluar komputer berjenama Intellinus (www.intellinus.com.my) dijangka mencapai sasaran jualan sejuta unit komputer tablet keluarannya dikenali Intellinus Classmate PC menjelang akhir tahun ini.

Naib Presiden Pemasaran dan Jualannya, Hurul Ain Ibrahim berkata, sasaran berkenaan dijangka dapat dicapai khususnya dengan keistimewaan yang terdapat pada produk berkenaan terutama perisiannya.


“Intellinus Classmate PC berbeza dengan komputer riba atau tablet sedia ada di pasaran kerana ia mempunyai dua fungsi dalam satu peranti iaitu boleh menjadi komputer riba atau tablet bergantung kepada kehendak pengguna.

“Ia boleh diubah menjadi tablet berfungsi dengan menyentuh skrin, malah boleh digunakan sebagai komputer riba mengikut kehendak masing-masing,” katanya.


Menurutnya, produk itu sesuai digunakan sebagai alat bantuan mengajar kanak-kanak kerana ia didatangkan dengan perisian yang dapat membantu kemahiran menulis, mengira dan melukis.


“Perisian Pen Input Method dan ArtRage dapat menggalakkan kanak-kanak membina kemahiran menulis, melukis dan mengira menerusi kaedah lebih menyeronokkan.“Malah, maklum balas daripada pelanggan sedia ada membabitkan guru juga mengakui produk ini banyak membantu sesi pengajaran dan pembelajaran khususnya di kalangan pelajar kelainan upaya (OKU),” katanya.


Selain perisian itu, ia dilengkapi Windows Journal yang dapat membantu penulisan nota menggunakan pen stylus dan MyKamus Dewan Pro yang turut membantu pencarian perkataan dalam tulisan jawi.

Hurul Ain berkata, sempena promosi pengenalan, pihaknya memberi tawaran istimewa apabila untuk pembelian lebih 1,000 unit, pihaknya menawarkan harga RM599 seunit, lebih 500 unit (RM799) dan bagi pembelian individu, harga yang ditawarkan adalah RM999.


“Tawaran ini terhad untuk tempahan sehingga 28 Februari ini dan selepas tempoh itu ia akan dijual pada harga RM1,799,” katanya.

23 comments:

  1. dah abes bayar tapi laptop yang dijanjikan xdapat pon..so????call xjawab email xbalas untuk mengetahui status sebenar laptop tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. sme la, call x diangkat, msg x dibalas..kaki penipu...saya dah pergi ke alamat pejabat dy..syarikat dh x wujud lg..ttup..xde signboard syarikt..ramai yg dh tertipu...tauke kedai sebelah bgtu, dyowg dh lme x datang bkk kedai..n ramai yg mencari dyowg..

      Delete
    2. Hurul Ain tu memang penipu besar..... nak kaya cepat gamaknya sampai sanggup makan duit haram.... tak kesian ke mak bapak diorang kat kubur nanti nak jawab perangai syaitan anak dia tu.... is is isssss derhaka namanya tu.... Syarikat intellinus adalah syarikat penyamun.....

      Delete
  2. betul tu... i dah mula panas ni. cadang nak buat aduan pd Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia & lapor polis... suruh siasat apa sudah jadi ....idup lagi ke atau dh mati..tak selamat makan duit haram. dia orang pakat dgn harian METRO buat iklan tipu orang..Naib Presiden Pemasaran dan Jualannya, Hurul Ain Ibrahim... artikel d tulis oleh Syarifah Dayana Syed Bakri alamat e-mail dayana@hmetro.com.my

    16 Julai 2012 saya juga terbaca iklan yang hampir sama di Harian METRO menawarkan pakej pembelian Laptop oleh INTELLINUS Sdn Bhd.
    Ia juga masih menawarkan dalam Laman Web Mereka di alamat http://intellinus.com.my/index.php

    ....cuma bezanya dulu dan terkini ialah mereka menggunakan e-mail Intellinus intellinus@gmail.com dan yang terkini & baru sales@intellinus.com.my
    No. telifon individu yang digunakan masih sama Tel : 017-249 4449 / 011-1575 6926 / 019-447 1721

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/

      MOHON SEMUA YANG TERTIPU MEMBUAT ADUAN DI TTPM SAMAADA DI CAWANGAN TERDEKAT @ SECARA ONLINE DI LINK DI ATAS. SAYA PUN BARU JE HANTAR ADUAN.KITA MESTI TUNTUT HAK KITA.

      Delete
    2. Nk tnya mcm mn keputusan lepas repot kt tribunal, sbb sy pernh wat report kt tribunal psl benda ni tp dia org ckp x blh bicara sbb org yg di dakwa x hadir..x th ke mn lg nk bw kes ni...

      Delete
  3. untuk elak lebih ramai jadi mangsa... report kat tribunal pengguna dan polis...
    jangan tunggu..tunggu...dier orang seronok joli duit org...

    ReplyDelete
  4. macam mana nk report kt tribunal pengguna??boleh ke buat report kt KDN putrajaya? ni ada gambar si hurul ain ni g bwk gambar jumpa bomoh br tau..supaya dia pulangkan duit semua orang.banyak tu rm1K lebih!!!! mmg tak halal langsung duit yang dia dapat..semoga Allah memberi balasan pada mereka semua..jadi pengemis di kaki lima satu hari nanti sbb makan duit orang lain! huh!

    ReplyDelete
  5. ohh nampaknya ramai yang dah tertipu patutla call dah tak angkat. beli bulan 4 samapai sekarang masih tak dapat lagi...
    dah bayar RM500.00 untuk tempahan. Janji macam-macam tapi palsu

    ReplyDelete
  6. sama2 kita berusaha untuk bwa mereka yg penipu besar ni ke muka pengadilan.Sma2 sembahyang hajat minta Allah balas perbuatan jhat mereka dan akan hidup sengsara.

    ReplyDelete
  7. ooh macam tu ke, patutlah tak ada perkembangan,bulan jun hari tu kata nak turun kat Rennaissance KB sbb ramai sangat pembeli dari Kelantan kemudian tak jadi pula, sekarang terus tak dapat, kami tempah 3 unit dan dah bank in duit hampir dua ribu, sampai sekarang tak ada khabar berita, dah kaya ke dengan duit penipuan tu.

    ReplyDelete
  8. same le saya pun dah kena tipu.. call tak pernah jawab...

    ReplyDelete
  9. Aku pun kena tipu gak oleh Hurul Ain and the gang, geng penyamun.... aku dah repot kat TTPM 17 Dis 12 ni diorang pangil. Skt Intellinus dah tipu aku RM 999.00 aku order bulan Jan 12 sampai skrg tak dapat barang duit janji nak pulang sblm raya haji tapi sampai skrg tak terima gak. Aku tel tak pernah dijawab biasalah penipu memang penakut. Skrg dia dah kaya kot dengan hasil duit haram. Tak pa dia tak bayar kat dunia di akhirat aku tuntut. Ustaz kata barangsiapa yang tak bayar hutang tak lepas nak masuk pintu syurga biarpun sebanyak mana sekalipun amalan baik dia buat di dunia. Aku ni ibarat main sahamlah makin lama dia tak bayar balik makin banyaklah hutang diorang kat aku. Aku percaya Hurul Ain and the gang tak selamat di dunia dan di akhirat, sekarangni diorang nyorok kat lubang kubur kot??

    ReplyDelete
  10. Kakak aku pun dah kene tipu ngan intellinus bongok ni! Sakit lak hati aku! Order dari jan 12 tp tak dpt2 smpai skarang. Bile msg, tak reply, cll tak angkt. Bile ugut, reti lak dy reply ckp nnti dy bankin kn balik duit kite tu. cm haram. Smpai skarang bau duit tu pun tak de! Celaka gile kot manusia mcm tu. ade jgk nk mkn Senang cmni. Tak takut balasan Allah. Aku teman kakak aku g cari opis dy ni. Puihhh! Bersarang labah-labah! Nmpak bebenor le dy da lari. Kebetulan terjumpa ngan sorg pkcik ni. Dy pun cari opis ni jgk. Baru la aku tahu yg kakak aku n pkcik tu dah kena tipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa-sapa yang dah kena tipu macam aku tolong tel 0173456499 kalau tak jawab gak memang penipu. Ari tu dia tel aku mtk no akaun kata nak bayar balik, aku bagilah tapi dia bagi tempaoh 2 minggu baru nak bank in, aku malas nak cakap banyak sebab 7 jan 13 aku ada temujnji dengan Pengarah Tribunal Pengguna di Ipoh taulah nasib diorang. Diaorang ingat bila tel aku cakap lebih kurang aku nak tarik balik laporan kot.... sorrylah sebab setahun dah aku bagi can.... cuma aku belum buat laporan polis... diorangni munafik sebab janji tak pernah ditepati... diaorani ni bagus... bagus untuk buat bahan bakar api kat neraka....

      Delete
    2. Sapa-sapa yang kena tipu tu sila hubungi Ibu Pejabat Intellinus di alamat 39-4 & 41-4, Menara Klang, Blok B, Jalan Nenas, 41400 Kelang, Selangor. Segala surat menyurat hantar ke alamat ini. Sila buat lapuran ke tribunal pengguna kalau agak susah sangat terus buat report polis. Setakat ini Intellinus janji nak bayar balik sebelum 15 Jan 2013 kalau tak kita tunggu dan lihat....Selagi hutang tak bayar Semua pengurus dan kaki tangan Intellinus kalau mati jangan harap nak masuk syurga, roh akan tergantung kat awang-awang pintu langit tertutup untuk depa... Bab hutang dah dibincangkan dalam forem perdana malam jumaat kelmarin satu malaysia dan dengar apa yang ustaz kata....

      Delete
  11. agak2 nye apa penyelesaian masalah ini?walaupun aduan tribunal @ laporan polis dibuat,nampaknya tidak ada perkembangan. yang amat memalukan orang melayu terlibat dengan penipuan ini...

    ReplyDelete
  12. saya pun salah seorang mangsa....sedih kene tipu hidup2...saya dah bayar penuh... saya tak halal dan redha duit saya...

    ReplyDelete
  13. Saya pun Kena tipu....diorg guna kan Harian metro...akhbar kesukaan saya...dah benci Harian metro sekali....

    ReplyDelete
  14. Saya dah buat laporan kat tribunal pengguna tp x blh bicara sbb org yg di tuduh tu x dtg..sy dh byr full utk laptop tu..masa jumpa ckp lembut gigi dr lidah..sy dhjumpa sinurul ain n rahmat mangkuk hanyun tu..sapa2 ada cara nk seret 2 ekor ni msk lokap..

    ReplyDelete
  15. saya pun sama 3x naik turun tribunal tak boleh nak setel sbb surat yg dihantar tiada yg terima...takder sapa ker nak masukkan maslah nier di metro?? masa promosi bukan main lg..buat sakit hati jer...

    ReplyDelete
  16. Owh ye ke.sy bru nk hearing kes kt tribunal jumaat ni..xpela,jnji cuba

    ReplyDelete
  17. salam. saya pun salah seorang pembeli tapi sampai sekarang masih senyap. saya cuba call namun tak dapat. macam mana nak buat aduan?

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: