Penubuhan Koperasi SUHA Kuala Lumpur Bhd menjadi platform melahirkan usahawan kecil di rumah memandangkan kebanyakan ahli keluarga berbakat dalam penyediaan makanan yang berpotensi dikomesialkan.
Pengerusinya, Roslan Mashud berkata, mula beroperasi sejak 2009 sehingga kini, SUHA mengetengahkan produk kuah rojak dan acar buah yang mana proses penjualan hanya dilakukan ahli koperasi sendiri.
Menurutnya, sehingga kini terdapat 46 orang ahli dan modal permulaan bagi perusahaan kuah rojak serta acar buah itu hanya RM100 dan ia disumbangkan setiap ahli dalam koperasi itu.
“Banyak cabaran yang perlu dihadapi selama enam bulan pertama termasuk kesukaran mengetengah produk di pasaran dan jualan tahun lalu mencecah RM4,000.
“Perolehan jualan meningkat setiap kali mendapat tempahan bagi kenduri kahwin kerana acar buah adalah salah satu menu utama manakala kuah rojak untuk pencicah pencuci mulut,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, harga jualan bagi kuah rojak adalah RM4.50 sebotol manakala acar buah pula RM5.50. Mereka menyasarkan perolehan meningkat kepada RM6,000 tahun ini.
Katanya, selain kuah rojak dan acar buah, mereka juga bercadang untuk menambah produk lain seperti biskut dan sos cili.
Monday, January 30, 2012
SUHA komersial acar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya berminat utk menjadi usahawan iks.
ReplyDeleteAdakah syarikat SUHA Kuala Lumpur Bhd menyediakan khidmat proses dan packaging utk usahawan.