Monday, January 30, 2012

Sara 1M beri pulangan RM13,000


NOH (tiga dari kanan) merasmikan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) Peringkat Negeri Selangor sambil diperhatikan oleh Hamad Kama (dua dari kanan) di Tanjung Karang, Kuala Selangor semalam.


KUALA SELANGOR - Sebanyak 100,000 isi rumah yang membuat pelaburan melalui Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1M) dijangka memperolehi pulangan pelaburan sekurang-kurangnya RM13,000 selepas tempoh lima tahun pinjaman.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, pulangan pelaburan itu akan diperoleh sekiranya mereka tidak membuat sebarang pengeluaran.

"Bukan sahaja kadar bayaran bulanan yang rendah, RM84 mereka turut mendapat insentif bulanan sebanyak RM134 dalam bentuk unit-unit tambahan.

"Dalam masa lima tahun, jika mereka tidak mengeluarkan pelaburan yang dibuat, isi rumah ini akan dapat sekurang-kurangnya RM13,000 selepas lima tahun," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: