PERTAMA...Shahrom menunjukkan produk Ely’s yang boleh membantu mengurangkan berat badan.
SMZ Ventures Sdn Bhd, komited meluaskan empayarnya ke seluruh negara apabila tampil sebagai syarikat pertama memperkenalkan produk diet menggunakan rumpai laut di bawah jenama Ely’s.
Pengarah Urusannya, Shahrom Mat Zahari berkata, pihaknya mengeluarkan empat jenis produk membantu mengurangkan masalah berat badan di mana ia mudah dihidangkan serta dibawa ke mana saja.
Beliau berkata, ketika ini, pihaknya mempunyai 20 ejen di seluruh Semenanjung dan mensasarkan menambah bilangan ejen kepada 50 orang tahun ini.
“Kami mengehadkan jumlah ejen supaya mereka mempunyai pasaran lebih luas, malah tahun ini kami memberi tumpuan kepada pasaran Sabah dan Sarawak dengan mensasarkan 20 ejen baru.
“Selain itu, kami menjangkakan tahun depan produk ini mampu menembusi pasaran antarabangsa terutama di Timur Tengah berikutan pembabitan aktif kami menjalankan promosi serta pameran di luar negara,” katanya.
Menurutnya, terdapat empat jenis produk diketengahkan iaitu Seaweed Cream Soup (set makan tengah hari) yang membantu mengawal kelaparan serta memecahkan lemak, Seaweed Plain Soup (set makan malam), Seaweed Slimming Drink (minum pada waktu malam) dan Hot Cocoa Diet Drink With Collagen (minuman pagi).Shahrom berkata, kelebihan produknya ialah menggunakan rumpai laut sebagai bahan asas dan pihaknya menjalankan penyelidikan selama setahun untuk memastikan produk itu memberi kesan terbaik kepada pengguna di samping mencapai kesihatan optimum.
Beliau berkata, harga produk itu adalah antara RM52 dan RM58.50 sekotak namun yang paling penting pengguna mampu menurunkan berat badan antara dua hingga tiga kilogram dalam tempoh hanya tiga minggu. Maklumat mengenai syarikat boleh dilayari melalui laman web www.elyherbal.com.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: